Tuesday, December 9, 2008

Aku perlu katakan ini;

Aku mahu beritahu seorang teman, yg hakikatnya kewujudan dia dekat di hati aku, walaupun dia rasa aku hanyalah teman wanita kepada sahabatnya. Walaupun, dia tidak tahu bahawa aku ambil berat dan memang sudah jadi sikap semulajadi aku untuk sentiasa tunjukkan yg aku ambil berat.

Aku dapat lihat dia hanyut jauh, bukan perlahan-lahan, sudah terlalu jauh. Itu buat aku takut. Aku dapat lihat, segala yg ditundingnya kepada orang lain sebelum ini, telah tertunding di batang hidungnya sendiri.

Aku bangga dengan ideologi pemikiran hampir geniusnya. Aku support keberaniannya utk hidup dgn cara yg semua manusia dlm muka bumi ini inginkan, tapi tidak berani lakukan. Dia umpama hero yg beri inspirasi, like a living proof bahawa liberal & freedom itu benar-benar wujud. Tapi kini, aku rasa sudah sampai masanya utk aku cuit kuat bahu kanannya, bisik sinis di telinganya, “Teman, kau sudah pergi jauh. Kau harus toleh ke belakang. Jgn kau salah ertikan pemikiran vs perlakuan kau. Jgn kau halalkan niat dgn cara”.

Aku sedih. Somehow aku dapat rasa. Perasaan ambil berat ini tidak akan sampai dekat jiwa hitam degilnya itu. Tidak akan sampai.

Teman, henti berparanoia. Tolong. Kembali bersama kami. Kami masih di sini. Menunggu kau. Kau bukan seorang.

Buat aku extremely happy;

Headliners:

The SIGIT (Indonesia)

White Shoes and The Couples Company (Indonesia)

Butterfingers

One Buck Short

Tempered Mental

I was about to cancel my kursus kahwin session right after I heard White Shoes is coming! Pergh! Then, aku buat sedikit research:

Itinerary
5.00pm: Voted Act
5.30pm: Voted Act
6.00pm: Voted Act
6.30pm: Voted Act
7.00pm: Maghrib Break
8.00pm: One Buck Short
8.30pm: Tempered Mental
9.00pm: Voted Act
9.30pm: Laila's Lounge
10.00pm: Bittersweet
10.30pm: White Shoes and The Couples Company
11.00pm: Butterfingers
11.30pm: The SIGIT (Indonesia)
12.00am: Close

Ok. Sekarang aku yakin aku mampu sudahkan kursus kahwin dgn tenang. Aku tidak peduli sikit pun dgn yg lain, aku cuma nak tengok WHITE SHOES andTHE COUPLES COMPANY! (Jeritttttttttttt!!!!!!!!!!!!!)

Sekian. Aku kena serangan panik, over-excited. Baik aku pergi toilet & cuci muka sekarang.

Saturday, November 29, 2008

part-time LOVERS

antara kerja & apa sahaja yg aku lakukan dlm hidup. yg ini buat aku kembali kenal siapa diri aku sebenar...

ada soalan utk imej2 di atas... if aku decide utk jadi kakitangan kerajaan, masih boleh buat aktiviti2 seperti di atas tak?

Tuesday, November 25, 2008

perempuan berhijab sempurna adalah perempuan yg paling seksi

semalam lepas my so called appraisal session sama senior manager ttg skop kerja, future project & commitment aku, somehow aku telah merasa sikit motivated towards kerja aku. and later that evening, aku terima invitation ini:

selama beberapa bulan ini, aku rasa ini adalah satu-satunya event invitation yg intrigued aku utk really attend. aku mula la simpan harapan agar my superior allow me to attend this since it's happening tomorrow morning 10am-1pm (working hours). Pagi ini aku masuk office agak lewat (seperti biasa, aku selalu lewat). Satu-satunya motivation aku hari ini, wandering whether or not I could attend IFF. Hakikatnya, langit tak selalu cerah, my colleague yg juga dpt same invitation has informed me that mrs. senior manager did not allow us to go. maybe mcm tiada relevan dgn government relations networking. skrg aku rasa down semula. and rasa mahu berhenti kerja telah dtg kembali. yeah, hati aku mmg senang berubah-rubah.

Thursday, November 20, 2008

THE ONLY 1 THING THAT MAKES ME FEEL LIKE MY OWNSELF AGAIN;

Perihal:  busy
Jumaat tengahari aku akan bertolak ke Jasin and will be there until saturday 6 pm (hopefully) when I actually need to get my ass in KL by 9pm for the above gig.  We will be playing the clash-london calling & the police-message in the bottle but we only had 1 practice.  Thanks to Astro, u makes my life miserable.   
Highlight:  AKU TETAP NAK BERHENTI!!!

Wednesday, November 19, 2008

Down

Working makes me feel old.

Working in Astro makes me feel old.

Working in Corporate Communication & Community Affairs’ Department of Astro makes me feel old.

Working in Government & Public Relations’ Unit of Corporate Communication & Community Affairs’ Department in Astro makes me feel reaaaaaaaaaaaaaaaally old.

I want to quit.

Saturday, November 15, 2008

don't blame the parents;

i was 19, what do you expect? sigh. 

Wednesday, November 5, 2008

kecewa dgn diri sendiri

Nor Helina Mohd Noor, based on the results of your free test, your personality type is...
INFP (Introvert, Intuitive, Feeler, Perceiver)
People of this type tend to be: quiet, reserved, and kind; deeply passionate, sensitive, and easily hurt; loving and dedicated to those close to them; creative, original, and imaginative; curious and flexible in small matters; nonconforming. The most important thing to INFPs is their deeply held beliefs and living in harmony with their values.
p/s all this while, i always make myself belief that am extrovert, spontaneous, loud and hard to please. hum. ternyata aku tak kenal diri aku sendiri. down.

Menggeletek, melatah;

Manusia.

Terlalu cetek dgn pemikiran & fahaman kolot sendiri.

Terlalu kejam utk peka sama hati & perasaan manusia lain.

Terlalu bangga dgn sifat busuk hati & hasad dengki yg wujud dlm jiwa hitam.

Terlalu bodoh utk merasa diri bijak pandai.

Terlalu megah utk merasa diri konon dikenali & disanjung oleh entah siapa siapa entah.

Terlalu gembira utk menempatkan diri dlm lingkungan kumpulan sosial yg pada diri & fahaman tersendiri mereka yg kononya mereka itu significant.

Geleng-geleng.

Kau hanya perlu mentertawakan diri kau sendiri, bukan orang lain.

Kerana kita semua rasa geli hati.

Monday, October 20, 2008

Hari jadi mr. Libra;

Aku, jarang sekali ingat tarikh lahir teman-teman dekat. Hanya ada satu dua tarikh saja yg aku cuba sedaya upaya utk tidak lupa. 21 Oktober, tarikh lahir mr. boyfriend. Tapi, semalam, he had to rush back to Pekan, Pahang. His grandmother passed away. Jadinya, niat di hati utk ambil cuti hari selasa for zoo trip terpaksa dibatalkan.
Lucky aku sempat beli birthday present & sempat buat lakonan sampai dia tak perasan yang I left the gift box in his car. Tapi, belum sempat tarikh lahirnya lagi, dia dah buka present tu. Ceh. However, it's still a suprise sebab dia tak terfikir langsung aku letak gift box tu di situ. Hehe.
Al-kisah, mr. boyfriend berbintang libra. Sedar tak sedar, hidup sosial aku dikelilingi individu berbintang libra. To be precise, most of boyfriend's friends are libra, bandmates juga libra, housemate juga libra. Hum..... Aku minat horoskop, selalu terjebak mendalami ilmu horoskop utk kepuasan sendiri. Kadang-kadang terbawa-bawa sampaikan jadi judgemental. Ada satu jenis bintang yang tak pernah sesuai dgn aku, aku tak nak sebut di sini sebab nanti orang akan buat bermacam spekulasi. Bukan aku seorang saja yg berpandangan macam tu, orang-orang sekeliling juga setuju yg bintang jenis 'itu' memang selalu timbulkan masalah dalam hidup mereka & aku juga. Sejauh mana ya kebenaran analisa horoskop ni? Ada pakar horoskop tak yang sedang baca entri ni?
p/s: Hey boyfriend, suka tak jam kalkulator casio yg old-skool tu? :)

Wednesday, October 15, 2008

lekas tua

Too much to do in too little time.
Too many to run for in such crumbled track.
Dear Senandung, believe me, this is not the life that you would want. Duduk diam2 sana di cyberjaya, aku akan curi masa utk berjumpa kau. Promise.

Wednesday, October 8, 2008

aktiviti hujung minggu kami;

so, it's a date? We will be selling our pre-loved/beautiful junks in an extremely cheap price.
-fashion kills fashion-

i do

Hello blog,

Slowly aku dah bertukar menjadi internet junky? Bila kepala serabut & otak terasa nak berilham (lah sangat), aku tuju blog ini, mula merapu.
Aku brag to everybody yg aku tak dapat cuti raya, tapi David dgn baik hatinya allowed sesiapa yg celebrate Eid utk amik leave on Friday tu. But, aku ni tamak/malas (dua menda tu tak sinonim langsung) thus, aku tak datang kerja on Mon & Tue. Blueekk. Ikutkan hati, pagi ni pun aku malas nak pergi kerja. Aku malas, kurang motivasi, still dalam mood nak menganggur. Mana taknya, selesai degree, aku berjimba tak sempat sebulan & dah mula bekerja. :(

Sekarang, walaupun aku masih struggle with everything, satu perkataan yg akan buat aku berangan tak tentu pasal ialah KAHWIN. :)

Thursday, September 25, 2008

tagged

* State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.

1. I’ll get offended menonton cerita tentang kasih sayang bapa terhadap anaknya. Kesan akibat tumbesaran aku yg tragik la ni.

2. Aku selalu marah diri sendiri bila aku tak mampu untuk tidak menjadi pendengar setia. Aku sebenarnya dah penat memegang watak over-protective, seorang kawan yg defensive demi kegembiraan kwn sendiri (yg rasanya buat mereka rimas at times); contohnya: aku akan warn my gf to let me to get to know the guy that she’s going to date awal2 sebelum diorang mulakan relationship, aku akan marah the other gf yg tak dpt control diri but keep haunting her ex, I bebel her instead of hugging her but that’s how I show I care. Well, aku hanya buat mcm ni to both of these girls saja sb aku sayang mereka.

3. Bila gaduh dgn boyfriend, aku akan ungkit segala macam perkara yg pernah dia buat pada aku. Yes, aku pendendam.

4. Aku gemar berjalan seorang diri, menonton wayang seorang diri, bershopping seorang diri tapi tak mampu say no pada kwn2 yg ajak aku keluar bersama.

5. Aku jarang2 sekali menelefon kwn2 sekadar bertanya khabar or utk berborak. Mungkin sebab mereka dh ajar aku utk menunggu cerita2 mereka.

6. Walaupun aku selalu merungut pada mr. boyfriend yg aku perlu kuruskan badan, hakikatnya I love my fleshy curve and aku merungut sebenarnya hanya sekadar nk dgr mr. boyfriend kata, “I think u have great shape, u don’t have to lose weight cause I find skinny women errr… a major turn-off”. Haha! Padahal, bila aku selalu sgt merungut dia akan ckp “Okay, besok kita pergi swimming”. Di situ, aku dah rasa bengang sb dlm hati aku nk jugak prove kan yg sebenarnya dia teringin tgk aku kurus (cantik).

7. Dari fakta ke-6 di atas, korang dah boleh agak yg aku ni memang jenis paranoid & judgemental kan? Fine. Aku terima. Tapi jgn ckp korang tak buat tanggapan or judge orang. Tipu.

8. Bak kata mr. boyfriend, aku tak mengambil masa yg lama utk meyiapkan muka sebelum keluar. Tapi yg membuatkan aku lambat selalunya adalah sebab aku akan keep changing clothes 7-8 kali sebelum keluar.

9. Aku akan tiba2 menangis tak semena-mena bila datang perasaan gelap itu. Bila dah jadi mcm tu aku akan baring atas katil, tarik selimut, selubungkan seluruh badan & nangis sepuas-puasnya.

10. Aku selalu risaukan pandangan keluarga mr. boyfriend terhadap susun-atur family aku yg dysfunctional and selalu terbayang mama dia tak benarkan dia kawin sama aku. Haha. Ok, ok. Aku paranoid & judgemental.

11. Aku sceptical pada semua menda/perkara/orang yg tak dekat dgn aku.

12. Aku lebih gemar berkawan sama lelaki dari perempuan. Sebab aku rasa perempuan ni ada sifat mahu bersaing, mulut jahat & tak boleh tgk orang lebih. Tapi, jgn tak tau, ada juga lelaki yg berperangai seperti di atas.

13. Aku tidak suka HARI RAYA. Maaf. SETIAP tahun raya, PASTI ada perkara tak kena yg terjadi dlm hidup aku. See, I told u my family is dysfunctional. But don’t blame them, bukan sebab mereka aku takda raya’s spirit.

14. Aku juga tidak faham kenapa orang beria-ia mahu beli baju raya 2-3 pasang, mcm compulsory walaupun if tak raya kita tetap beli berpasang-pasang juga kan? Buat aku lagi surprise bila housemate aku akan belanjakan sekurang-kurangnya rm300> utk sepasang baju raya.

15. Aku teringin jumpa seseorang yg pernah menyakitkan hati aku dgn cara paling bodoh sekali (menuduh aku attack life-nya secara online). Aku nantikan hari aku bertemu kau, aku akan berdiri tepat di hadapan muka kau & bgtau kau telah menyusahkan hidup aku selama beberapa bulan hanya kerana kau pentingkan dunia cyber. Maaf perempuan, dunia cyber yg kau anggap real ini bukan dunia aku.

Secara paling jujur ingin aku bgtau, aku ni bukan IT savvy so aku susah nk faham bila ada orang yg boleh berkawan mcm BFF secara online sebab aku percaya, in order to really get to know a person, aku perlu melihatnya selalu, bercakap/mendengar suaranya selalu, walaupun mcm tu, belum tentu lagi kita dpt mengenal their true colors.

Monday, September 22, 2008

Siapa kata aku tak spontaneous?

Aku tak pernah purchase apa2 through online sepanjang hidup ini. Jgn tanya aku kenapa pasal perception & reaction aku terhadap technology, bla, bla, bla....complicated. Last saturday, at Bijou Baazar, seorang customer yg stop by at my stall were wearing this sickeningly adorable handbag! Instead of greeting her, I spontaneously said, "OMG! i love ur bag, i want it, can i see? U beli kat mana?". That girl (her name is Nazreen if am not mistaken) sgt baik hati, simply passed me her handbag while she's still digging my cheap pre-loved stuff. On the spot, aku jadi gila, nak! nak! nak! itu bag! Terus, she started explaining that her sister has this online shop named honey-pumpkin, I can order the bag, bla, bla, bla. She then terus gave me her sister's cell's no. And oh, she bought one of my checkers shirt. Tanpa berlengah lagi, aku terus sms her sister by the name nadia & ordered the bag.
Ok. Sebenarnya ini tak di kira online shopping kan? Pasal aku deal dengan the seller through sms je. Ah, tak kisah la. Yang penting, I can't wait for powly (in 2 weeks time). Yay!

Hah! Now, siapa kata aku tak spontaneous?

Sunday, September 21, 2008

fashion kills fashion

Pasal: Susah mahu di-explain but somehow aku memang ada capability untuk notice easily when there’s people bitching about me (or even orang lain) di mana2 tempat keramaian. Maybe aku ni super-conscious/paranoid or maybe those losers yang memang tak pandai cover line. Anyhow, aku MEMANG akan tau punya.

Lokasi: Bijou Baazar, Menara Hap Seng, 1st Floor, at one stall yg menjual the overrated vintage dresses and please note that we had a stall at this particular even too after a while not joining sebab busy but this time we managed to collect our pre-loved items and got a stall at bijou baazar .

Suspek: Seorang lelaki, boyanese-look, botak, gendut, gelap kulitnya, bert-shirt hitam dengan cermin mata yg purposely dia letak on top of his bald head? And oh, he looked all sweaty & busuk eventhough kita dlm building yg berhawa dingin?
Di sebelah that gendut guy, ada seorang perempuan yg features-nya mcm drag-queen, typically wearing the so-called vintage dress. Anyhow, am guessing both of these people are couple sebab diorang Nampak so secocok dengan visible sign on their forehead “we are ugly yet love bitching about others”.

How?: As I was on the phone with mom, I didn’t realize that my eyes were looking straight at their stall, it was an empty look pun sb I wasn’t thinking about anything. Itulah masanya when the lelaki gendut noticed me & berpaling at the gf, gf discreetly talking to him dengan gaya kononnya nak cover line, pandang tempat lain sambil bercakap & that lelaki gendut mcm, “OHhhhh…..”, di ikuti dgn gelak sarcastic seolah-olah aku tak memandang and then looked at me?! They did that repeatedly, cubaan cuba mengantoikan diri? Or maybe sengaja nk buat aku rasa down, serupa menda yg diorang buat tu mcm psychological attack? Pesanan utk lelaki gendut & drag-queen-look-a-like perempuan: KETARA LAH BODOH!

Reaksi aku: Angin naik kepala, cuba cari Mr. Boyfriend, he wasn’t anywhere near. But…suddenly, aku rasa funny sebab imagine both of them are sadly yugly tapi memang feeling terasa diri sendiri sangat cool sebab berjaya berada di dalam acara keramaian.

Pengajaran: Sesetengah manusia (eh tak, most of manusia) tidak sedar akan diri sendiri and walking out from the house everyday started bitching about others, macamlah diorang yang paling cool sekali. Aduhai, aku sudahnya tak jadi marah tapi kasihan.

Selain dari tu, everything went okay that day;

Tuesday, September 16, 2008

"Welcome back to this hell", kata Catherine Doreen Scott kepada aku

Corporate Communications & Community Affairs Team.
Handsome guy yg paling kiri sekali tu adalah bos kami, tak tau kenapa dia nak cangkung mcm tu with the rest of the guys. Well, aku nak tarik balik doa aku agar diberhentikan kerja on my last entry. Pasal semalam, Allah dah uji keberkatan doa aku. And maaf, aku tak berkesempatan nak ambil gambar selebriti2 malaysia yg sebenarnya cantik2 belaka in person. Muka tebal aku sibuk dimaki sepanjang perjalanan event.

Monday, September 1, 2008

sudah

hidup aku sudah berakhir. kini aku telah menjadi robot yg jalani kehidupan rutin sehari-hari. tapi, hati aku tetap bukan besi.

sekian.

selamat tinggal. buat kali ini. doakan aku diberhentikan kerja
.

studio shot

paper-cutting

entahlah media akhbar zaman sekarang ni. sigh.

Wednesday, August 27, 2008

Allah sayangkan aku yg lalai ni;

critical;
  1. 2nd september 2008-Corporate Communication & Community Affairs Department of ASTRO
  2. anytime - start an internship (again) at LB for I have 0 experience in advertising field & even an internship period at LB would open a huge door towards my future career.

Perlu buat sembahyang istikharah.

Monday, August 25, 2008

hari itu, aku pasti aku buat mama bangga;

RE: ACHIEVEMENT
ok. it's unfair to say that orang selalu pandang rendah pada aku, cuma mereka suka percaya pada benda yg sahih, terang & enak dilihat. Aku rasa down sehari sebelum convocation when I rehearsed my speech in front of not more than 200 audiences, I can see each of those people's face, tercengang & terkejut, kenapa aku yg perlu rehearse speech as best student representative? Mungkin hati mereka terluka bila dapat tahu, entah macam mana, I scored 3.944 & grad with flying colours. Hakikatnya, hati aku juga terluka (sikit) sebab kerana itu, aku rasa sikit beban di bahu aku bilamana people expecting me to be someone else and not myself. Then, I struggled with the speech draft, changed it over & over again, cuba mengikut nasihat para pensyarah yg to be honest, aku tak berapa kenal sepanjang masa aku di KLIUC. Sorry people, aku bukan student yg suka spend time dgn lecturer menerima nasihat ttg masa depan dalam pada masa yg sama cuba membodek utk extra marks.
Very last minute, very late at night, before the graduation day, I decided to change the whole thing. And aku tekad, speech yg difinal-edit (oleh aku sendiri, bukan para lecturer yg power English) itulah yg akan aku bacakan dihadapan bukan lagi 200 orang, tapi around not less than 1000 audiences on the actual day (my big day). Thanks to En. Amir.
Ok now, aku nak tukar fakta yg aku typed in dalam entry lepas, sebelum aku menuturkan speech aku on 23rd Aug; my speech was not boring. suprisingly, my speech buat jiwa kental aku sebak & juga audiences yg mendengar sebak sama. So people, don't judge me by my snobby face. Aku mampu buat orang terharu ok!
Note: (sms dari En. Amir-23rd Aug 2008, 6:19pm - masa ini aku tgh lepai after menjerit melolong di x-gig, zouk)
I was told by the master of ceremony that he saw a few people who shed tears listening to your speech. Anyway, heartiest congratulations towards your success. Do keep in touch and PLEASE GO TO LEO BURNETT.
So, ini adalah pesanan ringkas aku buat the Master of Ceremony; "Let set a date so we can discuss further on scholarship for Master's Degree!". And juga pesanan ringkas buat En. Amir, "I definitely will consider LB if diorang offer me more than what Astro offered". Hehe. Peace. :)

Friday, August 15, 2008

x-gig at zouk, 23rd August 2008

aku bukan garang, cuma am hard to please. aku kelihatan cold & snobby like that, but i believe am not. so, macam mana aku nak pergi kat sorang2 and explain yg aku tak garang, cuma aku malu & sikit ignorance. kelemahan la tu kan? so? takkan manusia tiada kelemahan? takkan manusia perfect? takkan kau perfect? kalau kau berbuat baik pada aku, mana mungkin aku balas jahat? kadang2, bila kau buat jahat pada aku pun, aku tetap buat baik. tak cukup lagi?
hujung minggu yg sudah, we had fun at zouk. mocca sounded perfect exactly macam mendengar cd mereka. yes. kami tak berkesempatan bergambar bersama mocca. kami rasa terlalu kerdil untuk chase them up & buat muka tebal ajak bergambar. hum.. aku dipaksa untuk berbuat peramah on stage walaupun i believe that i need not to pretend that sebab aku percaya orang yg datang utk mendengar music bukan pentingkan communication skill band on stage? yes?
padahnya, orang mula judge macam2. tapi, mulut, fikiran & perasaan manusia ni bukan hak manusia lain untuk mengawalnya. cukuplah when i said, i tried. tak cukup lagi?
sabtu ini, adalah hari convocation aku. aku dah siapkan draft speech yg bakal aku tuturkan nanti. seriously, speech aku sgt bosan. so, aku decide not to share them with u guys. ngeh. after convocation, i have to rush to zouk again. we'll be playing as 1 of open act band on that day. this time, aku nekad, naik, capai mike, menjerit dgn nada sumbang, cakap terima kasih & turun dgn hati yg puas. cukup?

Friday, July 25, 2008

ada apa dgn blogging?

dalam ruang siber ini, kita suka bercerita tentang perasaan, gangguan emosi, permasalahan diri/hidup/kawan2/keluarga/, cerita hari2 pergi mana buat apa mak masak apa mak marah kenapa bf marah kenapa, kelemahan diri yg kemudiannya kita twist sedikit lantas menjadi cerita yg patut dibanggakan. bukankah kita semua ni sukakan perhatian?
hari2 mahu tulis dalam ini, sampaikan sedang berjalan, kepala sibuk memikir "apa nak tulis dalam blog hari ni? gambar yg mana nak upload?". lambat laun, semua akaun kepunyaan peribadi dalam ruang alam maya ini menjadi sebahagian dari percaturan hidup kita. lambat laun lagi, tidak dapat dibendung, sebenarnya telah menjadi hidup kita. kita lebih suka berkomunikasi & berinteraksi menerusi ruang siber. lebih mudah bagi sesetengah kita fikirkan. pendapat personal aku, lebih mudah nak twist & menjaja cerita yg selalu di-exaggerate lebih2. contohnya, bergaduh dengan kekasih, aku mesti secara spontan jadi bagus dalam menggubah ayat yg kononnya menceritakan perasaan aku ketika itu. the next day, bila dah berbaik dgn si bf, jadi bodoh semula. haha.
tadi, sebelum aku sedari kebodohon diri untuk menjerumuskan diri aku dgn permainan ayat2 dalam ruang blog ni, ada macam2 yg nak aku cerita, twist, sampaikan dalam bentuk paling melodramatic & tragic sekali. hah. aku takkan terpedaya kali ni. at least, for now, aku mampu berfikiran waras, seperti orang sedar diri, tak hanyut dgn dunia siber yg menyesatkan & membawa aku terus jauh dari kehidupan realiti aku yg sebenarnya tak lah seteruk mana pun.
aku masih dalam denial bahawasanya aku harus belajar adapt dengan lebih baik lagi dalam perkembangan arus teknologi hari ini. sebab itulah aku tersinggung bila ada org yg boleh dikategori sbg stranger menegur aku di public sebegini, "hello blogger". aku anggap itu satu penghinaan.
ok. aku mengarut.

dark

taken by kimie (credit)

sms dari pensyarah muda;

diterima seawal 11:02 pagi (jadual tidur aku bermula jam 6.30pagi lately, so 11am seumpama pagi yg awal bagi aku)~25th July 2008:
"Helina, u need to prepare speech for convocation. U are the best student, congratulations! Come and see me on monday!".
tiada reaksi. aku hanya ingin sambung tidur. lepas bangun nanti aku fikirkan speech yg perlu aku karang itu ok. tapi, aku terbayangkan duit rm5000 yg bakal aku dapat di hari convocation. now, that is farken motivation! yeah!

hidup ini;

aktiviti di atas, buat rerama2 kecil dalam perut tebalku berterbangan. selamanya, rerama2 tu takkan hilang.

Thursday, July 10, 2008

show update coming August;

:)

beautiful voice vs off tune scream

Suara yg dia miliki itu, itulah bakat sebenar. Tak perlu attend vocal class, tak perlu ambil ijazah dalam pengajian muzik pun utk yg buat orang terpegun. Dari kali pertama aku tonton shownya di loft last year, aku tersentap sendiri. And bila orang2 sebut koko kaina lately, aku haram tak mengikuti perkembangan dunia youtube. Tapi, bila aku tahu itu dia, aku tersenyum sendiri. Walhal, aku hanya pandai menjerit of tune dlm muzik yg kadangkala jadi bising and merasa tertekan berada dlm kugiran yg ahlinya lelaki2 degil . Haha! Good luck zee, am really proud of you. Great future ahead, for sure! You go girl!

apa kaitan kentut dgn bangkai keretapi tahun 1931?

nan_tetpei (6:03 AM): bukan bekias..belapik
elle_helina (6:03 AM): ish
elle_helina (6:03 AM): ko buat menda simple jadi complicated
elle_helina (6:04 AM): contoh
elle_helina (6:04 AM): kalo housemate ko kentut busuk
elle_helina(6:04 AM): takkan ko nk ckp menda lain
elle_helina(6:04 AM): walaupun bile ko terus terang die akan sakit ati kejap
nan_tetpei (6:04 AM): kalau awek dia ada sebelah ke sape2
nan_tetpei (6:04 AM): takkan nak aib kan dia
elle_helina(6:04 AM): ko bgtau yg betul
nan_tetpei (6:04 AM): takk
elle_helina(6:04 AM): mana ada org kentut wangi
nan_tetpei (6:04 AM): kurang2
nan_tetpei (6:04 AM): ko makan aPA Niee bau mcm bangkai keretapi tahun 1931
nan_tetpei (6:05 AM): paling terus terang la
elle_helina(6:05 AM): sengal!!!!!!!!!!!!!!!!!!
nan_tetpei (6:05 AM): itu pun still aku buat mcm tu
nan_tetpei (6:05 AM): takkan aku nak maki2
nan_tetpei (6:05 AM): dah normal mmg semua org kentut
nan_tetpei (6:05 AM): bau ngan tak bau la itu je la
nan_tetpei (6:05 AM): tahan tak tahan
nan_tetpei (6:05 AM): tak tahan kasi la ayat pedas skit
nan_tetpei (6:06 AM): kalau dah bau mcm bangkai kapal terbang
nan_tetpei (6:06 AM): susah laaa nak cakap
elle_helina (6:06 AM): tgk ko ni dh twist & manipulate conversation kite dgn kesengalan ko
elle_helina (6:06 AM): benci la
nan_tetpei (6:06 AM): hahaha
nan_tetpei (6:06 AM): tak la itu pun aku bekias gak
nan_tetpei (6:06 AM): if dia kentut kan
nan_tetpei (6:07 AM): bukan dia membunuh
nan_tetpei (6:07 AM): benda2 kejam ke
nan_tetpei (6:07 AM): aku tak kias la dah
nan_tetpei (6:07 AM): bahasa tangan la mcm tu plak
elle_helina (6:07 AM): ha!
elle_helina (6:07 AM): itu la contohya
elle_helina (6:07 AM): bile die kentut busuk
elle_helina(6:07 AM): ckp je la busuk
elle_helina (6:08 AM): buat apa nk ckp mcm bau bangkai ketapi sume
elle_helina(6:08 AM): sengal ko
nan_tetpei (6:08 AM): cakap busuk sahaja tak menarik laa
elle_helina(6:08 AM): tu la tu
elle_helina (6:08 AM): menda simple
nan_tetpei (6:08 AM): dalam hati diam mesti akata ` ala ko pun mcm tak kentut`
nan_tetpei (6:08 AM): so
elle_helina (6:08 AM): ko nk buat susah2
nan_tetpei (6:08 AM): kita nak indah kan bahsa skit
nan_tetpei (6:08 AM): tak susah
nan_tetpei (6:08 AM): kalau dah biasa
nan_tetpei (6:09 AM): kentut kalau dah busuk
nan_tetpei (6:09 AM): metafora la skit
nan_tetpei (6:09 AM): tiba2 nak tumbuk laju2
nan_tetpei (6:10 AM): kentut hishh.kalau dah busuk sangat. tak tau laa takkan nak belasah plak..itu la cara dia
nan_tetpei (6:11 AM): at least berbaloi la dari hidu je
elle_helina(6:11 AM): WOI!
elle_helina (6:11 AM): aku gelak kuat sgt smpe housemate aku tjaga la sengal!!!! hahahahahaha!!!!!

sesi mengarut karut-marut

middle age crisis? confuse in becoming a mature lady but inside still lagi mahu enjoy & berpeleseran seperti dulu2. sudah lah. rasanya dah tak perlu lagi. tapi, if i keep telling myself that, itu lah yg buat aku terasa macam dah tua sgt. 25 tahun bukan tua lagi. inilah umur yg paling sesuai untuk buat keputusan sendiri dlm penghidupan kan? ceh. aku masih lagi fikir umur 19-21 adalah tahun2 paling bermakna & menggembirakan dalam hidup. lucky lah mama bukan jenis yg asyik bertanya bila mau kahwin. tapi aku stress bila asyik menerima jemputan wedding or engagement teman2 yg sama nakalnya mcm aku. macam mana mereka boleh decide to end up single life sedangkan aku yg paling commit dgn relationship ni sehingga sekarang pun tiada ikatan yg official. sigh.
aku ni paranoid berlebih-lebih. berkeinginan untuk buat macam2 dalam hidup & separuh daripadanya, tak terbuat pun. yg penting, aku sudah selesaikan bachelor's degree. alhamdulillah. tak sabar nak tunggu convocation utk bermegah & merasa bangga dgn diri sendiri. tak, tipu. sebenarnya utk buat mama bangga dgn aku. tau, semua orang pun ada ijazah juga, tapi aku bakal dapat ijazah ini dgn gigihnya tanpa bantuan kewangan dari keluarga. so, ianya jadi sgt bermakna tau.
sebanyak mana pun yg kita lakukan dlm hidup ini, akan ada lebih byk lagi yg mahu kita lakukan, kan? ada byk lagi ni dlm akal fikiran aku, cumanya aku malas mahu buat list. sekarang aku terfikir kata seorang lelaki yg pernah buat aku membayangkan dirinya sebagai pemberi inspirasi, "mahu hidup di sebuah pondok di pulau yg tiada orang lain selain aku & orang yg aku sayang". ceh. tak realistik langsung. mungkin aku patut telefon & bgtau dia yg sekarang aku rasa ayat dia itu mcm beri harapan pada aku untuk google mana2 pulau yg masih tak berpenghuni untuk aku bina pondok. perlu agreement hire-purchase tak utk itu?

Tuesday, July 8, 2008

Thursday, June 26, 2008

kejadian hujung minggu seterusnya

cubaan aku bersosial di tempat luar kebiasaan; ended up aku di tanjung niah;



kejadian hujung minggu INI bakal menyusul imej-imejnya minggu hadapan, kiranya.

urbanscapes

aku akan berada di sana, accompanying, help out & menyelitkan barang-barang aku juga!

wajib tonton!

sebaik-baik umat di muka bumi pun, terima ujian dari Allah s.w.t, inikan pula aku insan daif & selalu lupa ini. cepat saja melatah bila didatangi permasalahan remeh-temeh. a good film yg buat aku sentap & bermuhasabah diri. terus, lalai juga lagi aku.

kejadian hujung minggu #1

pelan-pelan & bilik gerakan @ annexe;

ke tempat therapy yang tak pernah membantu, tapi tetap aku kunjung;

Thursday, June 19, 2008

buat aku sedih;

telah berlalu, biarkan berlalu....

Sunday, June 15, 2008

selamat pengantin baru



Bukan wedding ceremony aku tapi aku rasa penat mengalahkan pengantin. Mr. boyfriend jadi pengapit tapi tinggi songkoknya mengalahkan tengkolok ungu si pengantin. Tahniah syed faisal (mambo) & nurleni. selamat menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

show update coming july;

laundry after mcpa;

Wednesday, June 11, 2008

take me away

Macam ini.

Aku nak buang semua baju2 yg ada dalam closet yang ada di rumah seri kembangan dan juga di rumah pandan. Aku mau serta-merta pindah ke rumah baru yang berdinding putih bersih tanpa sebarang furniture di dalam, dan di situ, hanya ada aku seorang. Aku mahu kelipkan mata sebanyak 3 kali and wink! muncul sebuah kereta warna putih, dalam rupa bentuk yg sgt 60’s tapi punyai air-cond & enjin yg kuat. Aku mau cepat2 setahun ini berlalu sebab I can’t wait for next round sponsorship’s application. I need a get-away, FROM EVERYTHING HERE.

Thank you.

Friday, June 6, 2008

migrain attack

tadi;
aku punyai satu tan buah fikiran untuk diproses & jadikan entri kali ini setebal buku Salina hasil tulisan A. Samad Said.

sekarang;
fikiran aku terlalu padat dengan kepelbagaian jelmaan bait2 perkataan bertubi-tubi ditambah dengan bunyi nyaring halus menusuk gegendang telinga terus ke sangkal otak yg sudahnya buat aku jeritkan "enough!!!".

ok. aku mahu baring.

ini dinamakan serangan migrain.

Thursday, June 5, 2008

harus di-polish, wajib rebel

kasih sayang, rasanya, takkan hilang & lenyap macam tu saja. ia hanya akan jadi semakin pudar & perlu digilap selalu utk maintain the shine. itulah yg aku malas tu. ish.

aku bangkang minyak naik harga. aku bakal join rally kalau ada bantahan ttg kenaikan harga minyak, biarpun polis akan cederakan/rabunkan mata aku dgn gas pemedih. cewah.

Wednesday, June 4, 2008

KECELAKAAN

besok minyak akan naik menjadi rm2.70.
okay. fuct.

Tuesday, June 3, 2008

Aku ditagged lalu menjadi extra-optimistik;

The Rules:
I hate rules. Tak nak ikut, bole?
8 random facts/ habits about myself

No. 1
Dari segi luaran, rupa aku nampak snobbish, susah didekati & suka bersendiri (most of the time aku hanya bersama boyfriend & bandmates). Hakikatnya, aku boleh jadi peramah, friendly & am really a good listener JIKA orang itu aku gemari (and there must be strong reasons if I hate u).

No. 2
Aku bukanlah konservatif & tak reti nak enjoy life. Tapi aku akan berfikir dalam2 sebelum berbuat sesuatu. Oh ya, aku kurang spontaneous and am very realistic.

No. 3
Hubungan aku & mama bertambah baik sejak 6 tahun kebelakangan ini. Itupun sebab aku decided untuk tinggal sendiri. Sekali-sekala pulang ke rumah, aku akan dirindu2 & dimanja2 oleh mama. So, bagi yg tidak punya hubungan baik sesama parents boleh la cuba taktik aku.

No. 4
As self-proud as it sound, am actually a very loyal girlfriend. Trust it or not, I never cheat/never intend to cheat on my boyfriend. Aku langsung tak berani nak main hanky-panky behind his back sebab aku takutkan karma. Ya, I believe in honesty & trust in relationship. Aku akan berterus-terang walaupun aku bermimpi tentang lelaki lain, walaupun suddenly aku ada niat nak call boyfriend lama. Aku tau, ramai perempuan moden di luar sana sedang membuat muka meluat sedang mereka membaca fakta ke-4 ini.

No. 5
Aku pasti jari tengah kaki sebelah kanan panjang at least ½ cm dari jari tengah kaki kiri. Ini menimbulkan permasalahan bila aku memakai kasut especially heels yg depannya tirus. Effect kejadian, aku ada satu bonjolon di jari tengah itu, haihh, sepatutnya sebulan sekali kena pergi buat pedicure. Sigh.

No. 6
Aku tak pasti kenapa kawan2 cakap aku suka membebel, ala mother2. Mungkinkah kerana aku pandai memasak, mengemas or yg paling rajin sekali antara perempuan2 sekalian? Haha. Isn’t it obvious that am a caring person and a well potential future wife? Haha.

No. 7
Aku tak punyai imaginasi seks. Ya. Aku tak suka. Aku akan rasa berdosa kalaupun aku mula berfikir untuk berimaginasi. Umur aku dah cecah 25 tahun, aku hanya pernah menonton pornography sebanyak 2 kali, each one tak lebih 5 saat and the first time tu aku muntah. Sekarang wanita2 moden di luar sana akan mula bergosip ttg aku. Haha.

No. 8
Fakta ke-8 ini is another self-proud statement, am doing an outstanding job dengan bachelor’s degree aku. Aku maintain GPA tak kurang 3.9 every semester and am graduating as best student (tapi target sebenar aku adalah untuk dapat 4 flat every semester, kerana sekali aku dapat B, itupun subject sukan, cita2 aku tak tercapai) - info selanjutnya: aku dengar khabar angin best student akan dapat rm5,000 reward. Now, aku akan dapatkan macbook! Err...or maybe shopping, or maybe downpayment for a new car, or maybe renovate bilik aku di rumah pandan, or maybe simpan dalam ASB? ugh!
p/s i said i don't want to follow the rules, then i won't tag others la!

Tuesday, May 27, 2008

selamat menjadi 25 tahun;

(aku hanya benarkan org2 yg rapat saja panggil nick lin sebabnya aku tak sukakan nama lin itu. aku pun tak faham macam mana org bole mula panggil aku lin.)

lucky cake ni tak hancur sebabnya kami menjerit sakan dalam kereta sepanjang perjalanan balik dari kg melayu subang ke seri kembangan. untuk pengetahuan semua, hanya dengan getar suara gabungan kami bertiga yg high-pitch, kebarangkalian untuk cake ni berkecai dengan sendirinya adalah amat tinggi.


(gambar sengaja dikaburkan bagi menyembunyikan identiti sebenar)

dua orang di atas ni la dalang yang berpakat dengan mr. boyfriend, kononnya nak buat surprise pada malam harijadi aku. walaupun jadi tak berapa surprise, aku tetap happy. we went to la la chong seafood restaurant at kampung melayu subang and makan seafood bagai nk mampus, aku curi2 tgk bil makan kami, alamak nak dekat rm200 ok! pesanan ringkas, "dear housemates, next time kita tak payah membazir makan sampaikan beratus-ratus ok. anyhow, seafood itu terbaik.


jadinya, last nite, kami tidur dalam keadaan kekenyangan & keletihan. terima kasih housemates sekalian. terima kasih ahmad razin ahmad faudzi.

Monday, May 26, 2008

kisah tarikh lahir

12.58am (25th May 2008), aku terima sms dari mama; "selamat hari lahir buat puteri mama yg dikasihi. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & diberi keberkatan selalu. amin, amin yaa rabbal ala min".
(aku buat muka bengang, lama kemudian aku tergelak sendiri). umur aku bakal cecah 25 tahun this year. tapi mama selalu tak ingat tarikh lahir sebenar aku. haihh... birthday orang 27th may la, bukan 25th may. mama oh mama.

Friday, May 23, 2008

acoustic show mmg menduga aku (cuma aku);

pening kepala nak susun set untuk acoustic performance. anyhow, have u guys check out yuna? she is deadly good!

Wednesday, May 21, 2008

excitingly looking forward;

setelah beberapa lama, akhirnya akan ada perkara yg membuatkan hidup aku lebih bermakna. girlfriend, thanks for the opportunity, u don't know how much this means to me especially when we are going to do this together. iyeay!

Tuesday, May 20, 2008

sesetengah manusia, pilih untuk jadi jahat

last nite after bb, on the way balik ke seri kembangan, aku minta boyfriend berhenti di esso by the highway of mrr2 because aku nak pergi ke toilet. waktu itu lebih kurang hampir 2pagi. kami perasan ada 2 orang call-man yg melepak di situ, tengok2 kitorang semacam, tapi kami tak pula hendak syak yg bukan2.

kami teruskan perjalanan menerusi highway cheras-selatan (mrr2)? sehingga sampai di bulatan lumba kuda bersebelahan Palace of Golden Horses, suddenly out from nowhere, ada sebuah kereta Honda Accord (either silver or grey colour) baru & tinted (yg kami tak perasan plat no. nya) cuba menghimpit kami dari belakang.

pada mulanya, kami fikir itu adalah pemandu mabuk, tapi kereta itu cuba lagi menghimpit & hit our bumper again & again. melihat cermin pandang belakang, boyfriend noticed ada 4-5 orang lelaki dalam kereta itu, kami jadi panik & terus membunyikan hon sekuat-kuat hati bagi menarik perhatian pemandu lain yg ada seketul dua buah kereta saja di kawasan itu. waktu itu, we were very sure, itu adalah cubaan merompak. cara melanggar bontot kereta yg akan membuatkan pemandu kereta berhenti adalah sgt common dlm senarai teknik samun & rompak di KL kan? kami memecut menuju ke tol seri kembangan itu terus menerus membunyikan hon & telefon pihak polis. kereta yg melanggar kami itu pull over & tidak melepasi tol (maybe berpusing semula, which i don't know how they managed to do that). in 5-10 mins polis pun sampai.

we r safe, boyfriend's car is fine except for scratches on the bumper but the 2 mins adrenaline that we had while we struggled to get away from the attack, only God knows.

berbalik ke cerita 2 orang chinese' call men di station esso earlier, somehow, kami rasa they both ada kena mengena dgn pemandu yg mungkin dari mula dah ekori kami. itu cumalah syak wasangka. syak wasangka in a good way.
aku cuma kesal, kenapa ada orang2 yg memilih untuk jadi jahat dalam dunia ni. syukurlah kami tak apa2. amin.

Saturday, May 17, 2008

Beban yang tak berat, cuma annoying, siapa suruh bercinta?

Setiap kali, kau pergi tinggalkan aku, aku pun bukan sendiri, tetap juga rasa lonely. Kian kali, kau pergi kejar hal peribadimu, ironiknya bukan hal peribadiku.
Aku tamakkan masa2 hidupmu yg patut kau luangkan bersama aku, aku sahaja. Now, itu kedengaran gila. Aku punyai perkara yang harus aku selesaikan, selalunya aku akan selesaikannya bersama kau. Aku sentiasa menghulur tanganku agar kau sambut, pegang kuat2 dan jangan lepas lagi. Jangan lepas lagi.
Sekarang aku cemburu dengan masa yang sentiasa mencuri kau pergi dari pandangan aku. Kan kontrak mutual kita berdua akan tamat, tidak lama juga lagi. Soon. Kala itu nanti, aku terpaksa belajar terus-menerus acting relax seperti selalu macam hati batu aku ditambah lagi konkrit tahan lasak yg punya lifetime expiry date. Aku ok. Rahsianya, hati ini selalu menjerit kebengangan. Tak tahu kan?

Tuesday, May 13, 2008

show update

ROBOT ASMARA will be playing at Laundry Bar, The Curve on the 15th May 2008 (Thursday).

Tuesday, April 29, 2008

not just one word

she always dragged me into this "u've been tagged" kind of thing:
this time around, i need to type the first thing that comes up when i read these:
owh…I prefer it to be more than just one word, can?

1. Yourself: mistaken & confuse
2. Your partner: understands me
3. Your hair: thick & black
4. Your mother: interestingly brave
5. Your father: this is not a favourable question
6. Your favorite item: my dm’s boots
7. Your dream last night: dark
8. Your favorite drink: warm thai tea
9. Your dream car: classic jaguar
10. The room you are in: full of people pretending to be busy
11. Your ex: married
12. Your fear: to reveal myself to others
13. What you want to be in 10 years: a loveable housewife with cute children
14. Who you hung out with last night: mr. boyfriend & bobo
15. What you're not: everybody else
16. Muffins: I know how to bake them
17: One of your wish list items: at this moment, I can’t think of one
18: Time: need to let go the past
19. The last thing you did: lunch
20. What you are wearing: green top & brown panty-hose
21. Your favorite weather: heavy rain (best time to sleep)
22. Your favorite book: old fashioned love’s story
23. The last thing you ate: turkey ham sandwich
24. Your life: plainly satisfying
25. Your mood: none of ur business
26. Your best friend: complicating things
27. What you're thinking about right now: why such person exist?
28. Your car: elder brother buat harta
29. What you are doing at the moment: this (!)
30. Your summer: flowery
31. Your relationship status: serious commitment
32. What is on your TV: dust
33. What is the weather like: hot & wet – not a good combination huh?
34. When was the last time you laughed: errr….
35. Ambition: Undecided (my questi0n)

Tuesday, April 22, 2008

batu-batu, dinding hati aku lopong

Curiosity dia meluap-luap untuk ambil tahu. Sedangkan berkali2 aku ingatkan (aku juga yakin, dia selalu mengingatkan diri) utk let it go. Let it go.

Aku, seperti ada magnet menarik yg tertarik, terus-menerus mereka meluahkan perasaan, menceritakan kisah hidup. Kalaupun, aku mention rimas. Pastinya mereka akan terus tergelak melalaikan perasaan aku. Ya. Bagi mereka, perasaan aku tak penting. Yg penting, cerita mereka utk didengari.

Ceh. Kata kamu orang, aku garang. Kata kamu orang aku ni macam mother2. Tapi, masih merengek datang pada aku. Alah, mengaku saja lah. Aku ni penyayang, kamu-kamu suka disayang oleh aku.

You’re nobody, until you’re talked about. I am nobody, until people keeps coming over to lean on me, suddenly, I become their crying shoulder. Suddenly, I am everybody’s crying shoulder. Maksudnya di situ, am likeable la kan? Atau mungkin, maksudnya, aku senang dibuli, aku tidak pandai menolak atau menepis ketidakselesaan yg datang menyerang.

Dan ya, aku masih hidup lagi. Buat masa ni, aku masih terlalu kuat utk dibunuh oleh Astro.

Sunday, April 20, 2008

gembira

:)

art-ku-statik's show at Dewan Bahasa Pustaka went perfectly fine.

Thursday, April 17, 2008

duit itu penting, begitu juga prinsip diri kan?

Dunia,

Aku impikan kehidupan luar biasa, tapi ended up kehidupan ini ordinary saja. Aku idamkan kebahagiaan kala aku melangkah dengan koleksi2 terbaru kasut tumit tinggi aku, ended up, I got blisters & cuts all over my feet. Aku bayangkan kerja yg mencabar minda & akal, hakikatnya kerja remeh & perlukan penelitian bagi aku yg sentiasa kabut ini la yg menunggu aku sehari-hari di meja hujung, tingkat 3 bangunan Astro itu. Ceh.

Dunia, kau tidak adil. Aku meredah dugaan, mencabar diri memperjudikan waktu 2 tahun ini untuk selesaikan ijazah sarjana muda bukan utk perasaan yg kau hadiahkan pada aku hari ini. Dunia, kau kejam. Aku bantah kata mama utk tidak terus bekerja di syarikat perbankan tempatan itu kerana aku sungguh ingin mencapai cita2, kononnya.

Saban hari, aku menghantar resume ke semua organisasi pengiklanan, menerima panggilan untuk dihadapkan temuduga, hanya untuk membina semula excitement dalam diri yg aku rasa slowly hilang & pudar dari semangat aku yg berkobar-kobar selama ini.

Berselisihan dengan artis tempatan & para pekerja Astro yg melangkah dengan riak bongkak ini bukan impian aku. Tidak sama sekali. Jauh dalam hati, aku tahu, akan aku lepaskan peluang untuk membina kerjaya di sini, kerana ini bukan tempat aku. Atau lebih tepatnya, ini bukan perasaan yg aku dambakan. Aku selfish. Perasaan aku lebih penting dari wang yg ditawarkan. Or, maybe aku kena re-think?

Tuesday, April 8, 2008

Terasa sendiri

Dear Nor Helina,
Here is your couple's love horoscope for Tuesday, April 8:

Overthinking a romance erases the spontaneous qualities that make being in love fun. Worrying about every thing that could possibly go wrong can also encourage self-sabotage. Live for the moment; don't fear for the future.

Thursday, April 3, 2008

anti-corporate

Kehidupan bekerja tak fun langsung. Atau mungkin corporate communication is not my cup of tea. Sekarang aku ada sikit rasa menyesal tolak tawaran internship di Bates. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Then aku fikir, kalaupun sekarang aku di Bates, would I be happy? Itu tak tentu juga lagi.

Macam mana la kena bekerja seumur hidup utk stay survive. Semua saat indah masa belajar, title student, bertungkus-lumus siapkan assignment hinggakan berhari-hari tak tidur, itu semua dah berlalu. Ah. Sedihnya.

Segala yg dikerjakan selama ni, sah-sah utk kegunaan masa sekarang & hadapan. Segulung Diploma yg aku ada & Ijazah Sarjana Muda yg bakal aku terima tak lama lagi, semua tu utk sekarang. Untuk bangun seawal 6 pagi dan pulang petang selewat maghrib. Apa akan jadi pada routine ke studio? Apa akan jadi kalau tarikh show jatuh sama dengan tarikh event yg bakal berlangsung utk Astro? Ah. Bencinya.

Aku benci kehidupan bekerja. Aku benci. Aku benci.

Friday, March 28, 2008

reading is sexy


gemini today

You're quite perceptive today and you'll have good insights into what makes others tick. A money delay is finally over. An unusual person becomes your friend. Interrupted sleep is likely due to keyed up emotions and romantic notions.
sent by Nan. TQ.

Thursday, March 27, 2008

Wednesday, March 26, 2008

a sh*t day.

i've got a phone call from Bates Advertising. They offered me a placement in the company. Oh, am here in Astro for 2 days already. Tell me, what should I do? Oh God, kill me now!!!!! (crying out loud).

Tuesday, March 25, 2008

tiada title cuma tersenyum

Sudah 2 hari aku cuba menyesuaikan diri dengan environment baru ni. Aku di sini, di Corporate Communication Affairs Department of ASTRO. Tak lah terlalu janggal di sini sebab orang-orang di sini semuanya individualistik. Aku suka orang individualistik, tak menyibuk tapi friendly, berada dalam kotak kubikal masing2 tapi tetap aware dgn keadaan sekitar. Kami bole turun makan di café sesuka hati tapi jarang aku lihat yg melekat di café lebih dari 10mins.

Kepala aku masih bengal selama dua hari ni. Tak tahu, mungkin sebab duduk menghadap pc seharian, atau terpaksa bangun awal pagi setiap hari, terpaksa cancel or minimize kan aktiviti malam, etc, etc. Ugh! There goes my life. End.

Allah punyai cara tersendiri untuk buktikan sesuatu. Aku rasa bersalah membenci orang yg logiknya patut aku benci. Lalu, Allah hantarkan orang lain utk jadi penyelamat keadaan. Kenapa orang terasa hidupnya terlalu penting utk orang lain hinggakan jadi paranoid kepada bayang-bayang sendiri? Kenapa tak sedar diri berpijak di bumi yg nyata, tetap nak hidup dalam angan2. Paling frustrating, tak kenal diri sendiri tapi menerjah orang sekeliling yg tiada kena mengena. Gila.

Aku peduli apa sama sensitiviti karut-marut. Aku bukan batu.

Friday, March 21, 2008

mr. boyfriend e-mailed me this;

gara-gara asyik beli high heels lah ni. mesti ni amaran lembut dia supaya aku henti membeli. understood.

please, not another sale...

i think am about to get broke but i also know that i'll definitely can't stop myself from going to palete palette this sunday and am sure I'll end up buying things and getting seriously broke! shoot!

Wednesday, March 19, 2008

embrace the unknown

"In headaches and in worry/Vaguely life leaks away", W.H. Auden.

Oh then, I should start yoga practicing. Having fixed ideas about myself can often obscure my true nature, as I unconsciously shut myself off from experiences, or actually tell myself, in advance, how am I going to react. I have to transcend the ego. Saying things that I didn't mean, or had unaccountable mood swings. When am unhappy and out of touch with myself, usually due to stress and being constantly bombarded by external pressures that give me no time or freedom to look into myself. Acting against my instincts leave me feeling unworthy and lacking in integrity. This is of course arises from a lack of self-confidence and a lack of a sense of my own self.

Monday, March 17, 2008

bila broke nanti, makanlah semua kasut2 tu;

Suka sangat hinggakan beli 2 pasang. On the right side yg in blue colour tu, Fadly Bahtiar yg belikan as early birthday present (?). Aku pun confuse but anyway, THANK YOU LY!

Sekarang, hari2 aku training pakai high heels practice berjalan dalam rumah. Practice make perfect kan!

Wednesday, March 12, 2008

bermegah biarlah bertempat

Lately, aku noticed statement cliché yang paling digemari ramai “oh…am a chain smoker, am a heavy smoker, aku perokok tegar, aku wanita merokok, aku start hisap rokok since sekolah (ni paling aku meluat), perokok kecalat apa entah lah lagi…”. Then I wonder, perokok & merokok adalah in for 2008 agaknya. Ceh. Agak annoying. Bah.

Tuesday, March 11, 2008

future perlukan mindmap yg dilukis dgn marker merah

Aku memang suka siapkan kerja last minute. Ini adalah minggu final exam. Hopefully my very last final, insyaallah. I went to Astro for an interview yesterday. For internship pun diorang called up untuk menemuduga. Nampaknya, harapan aku utk buat internship at the "wow ad agency" macam takkan menjadi nyata. Walaupun Haji Bahari bertugas kat situ for more than 20years, aku masih rasa janggal if aku dapat boloskan diri just for the sake that am his stepdaughter. Aku tau semua orang fikir memang hebat kalau dapat belajar at the "wow ad agency", tapi aku pun rasa tak sedap hati nak belajar itu ini kalau diorang asyik double standard aku as Haji Bahari’s daughter. So, I decided “what the hell, macam aku takkan berjaya kat tempat lain”.

Seriously, aku semakin hilang sedikit demi sedikit keyakinan diri untuk mula dalam kehidupan bekerja semula. Tapi jujurnya, aku dah tak larat nk menghadap buku lagi buat masa ni. So, agaknya plan untuk proceed Master’s Degree terpaksa ditunda dulu. Aku dah setting 2 tahun untuk pulun abis-abisan ni. Harap2, after 2 years duit simpanan akan cukup untuk mulakan sesuatu yg lain pula. Or maybe, malam ni aku kena lukis mindmap sekali lagi. ZZZZZzzzzzzTTTTTT….

Thursday, March 6, 2008

ini bukan entry hypertensi, tak percaya sila rujuk HKL

Am stressed, but I believe that I perform the best under pressure. Yelah tu.

Boleh ke, team mate salah satu dari projek paper aku dapat mc sebab katanya diserang hypertension. Ceh. Agaknya, kalau aku pun kaya seperti dia, pergi berjumpa pakar sakit jiwa, entah apa pulak term yg psychiatrist tu akan bagi pada aku. Last time I remembered went to GH checking on my migraine, the doctor issued me a letter pergi berjumpa pakar sakit jiwa. Hish. Takut aku. Terus aku tak jenguk2 lagi hospital tu. Suka2 dia nk assigned aku punya minor migraine as kononnya consequences of depressed. But jangan risau, itu 2 tahun lepas. Sekarang ni, aku lebih matang and dah pandai handle stress.

Dalam keadaan stress2 macam ni, last night aku sempat lagi teman Marina (housemate) pergi ke Nichi Moving Out Sale. That’s considered my 2nd time of the week visited Nichi. Tujuan asal, hanyalah nak meneman Marina, takut dia tersesat jalan. Tapi, once I entered the store, kaki & mata aku automatic meliar pandang sekeliling and pick up mana saja yang aku berkenan. Ya, ya. I tend to spend money during stress attack. Syndrom galak bershopping aku makin menjadi-jadi dalam keadaan tertekan.

Aku dah minum 1 tin redbull & 1 botol livita untuk tahan mata & otak aku sepanjang malam ni. Tapi, project paper yg satu ni tak juga siap2. Ada 4 lagi menunggu. Seingat aku, masa buat diploma kat UiTM dulu tak pulak serius macam ni aku belajar. Hmph. Kan aku dah bilang, aku dah matang. Hehe.

Wednesday, March 5, 2008

..

I have this one collegemate named Dauz who will sing HELENA everytime he bump on me. It’s not hard to please me anyway. With that, am already smiling.

There’s one funny and messy-looking guy (also at my college) who’ll knock the wall or slip off from the stairs everytime he pass by me. That made me smile too. I remember there’s one day that he left a note on my car dgn kertas putih berkerenyuk teruk & bad handwritings too, “I think you’re cute like barbe doll”. Please take note cara dia spell Barbie. Haha. That’s cute.

But I talked to mr. boyfriend about all these. With the hopes that he’ll realized that I still need, once in a while a kinky & cheesy praise from him, a goodbye kiss that’ll make me want to kiss him even longer. But yeah, I was the one who told a girlfriend that we can’t be in love forever.

Tuesday, March 4, 2008

cry baby

Buat pertama kalinya untuk tahun 2008, aku sudah mulakan episod air mata. Susah untuk berpura gembira kalau dalam kepala ada dengungan gendang2 bergema kuat di kiri kanan telinga. Tambah susah untuk katakan "it's ok" pada diri sendiri (apatah lagi orang lain) padahal "it's not ok" at all. Aku manusia biasa juga, cuma aku akui, jiwa aku sikit rapuh & mudah bengkak. Argh. Perasaan begini buat aku rasa aku butuhkan perhatian, tapi kan ego aku setinggi himalaya, I will be fine.

Monday, March 3, 2008

Never a hero;

Last night, I dreamt of my dad. It’s weird, cause I hardly remember his face and am sure that I could not recognize him even if he pass by me at the mall but everytime in my dreams, I clearly had his image & features appeared strangely in my head. Vividly the absurd feelings that I had toward him pushing those bad memories upfront again. Vulnerable.

I feel sad cause 3rd March already yesterday. If only good things remain good forever and bad things never show up.

Perhubungan tiada kaitan dengan membeli-belah

Genap 4 tahun berpacaran, plus 2 tahun berkawan, totalnya 6 tahun kami saling mengenali & menyelami hati budi masing2. Itu jangkamasa yg agak lama kan? :)

Kami bukanlah pasangan romantik. Candle light dinner cumalah satu aktiviti yg kami nak buat for the sake of the special date.

Tahun lepas, pada tarikh ni aku tidak berapa happy sebab diganggu oleh masalah2 bodoh, oleh orang2 bodoh. Alhamdulillah, tahun ni tiada gangguan seperti itu lagi and mood aku ok2 saja. :)

Ok. Baik aku tak teruskan bercerita tentang hubungan, takut nanti entry ni akan jadi euww-y! Haha.

Oh, aku ada permasalah baru. Habit suka bershopping patut dihentikan. Bilik kecilku sudah tak mampu lagi menampung barang terutamanya almari baju yg pasti akan pecah kalau aku still sumbat masuk baju-baju'an. Ceh. Padahal semalam aku beli lagi 3 helai baju, 3 pasang kasut & purse baru. Sigh. Disease galak bershopping ni sebenarnya tidak sihat. Itu pasti. Pembaziran kan amalan syaitan. Tapi bila mengemas utk give away baju2 and barang2 tak pakai semua tu, terasa sayang sebab setiap satu daripadanya ada sentimental value tersendiri. Baju2 yg dibeli tapi tak pernah pakai tu pulak consider out of story la kan. Hehe.

Azam tahun depan: JANGAN MEMBELI KALAU TAK PERLU!

Wednesday, February 27, 2008

sincere vs confrontation

Sparking direct confrontation by expressing misleading may seem “sincere” to those who believe that confrontation reinforces camaraderie. But in a system believe that confrontation causes rifts, it would not be “sincere” at all, since directly expressing criticism and sparking a fight would send a metamessage that one wants to weaken the bond with other.

Swing

Mood: Still belum post gambar2 bandung.

I told a girlfriend that I might want to close down this blog. I can’t remember whether she throws me a sarcastic look or gave me a big sigh… But yeah, I told her too that it’s great when you were out of country, you would forget all tiny miny things yg mengganggu kehidupan seharian.

Di Bandung, anak-anak kecil yg tiada tempat berlindung, berkaki ayam, berwajah comot, perut berkeroncong kerana tak makan seharian, tidak sedikit pun masalah2 aku mahupun teman2 di sini sebesar dugaan yg mereka hadapi itu, anak kecil lagi. Too bad, when am back, all those nuisances and nonsense running towards me again and aku rasa vulnerable again.

Aku masih tak faham, kenapa blogging menjadi begitu serius hinggakan orang2 sanggup bertelagah sesama sendiri (walaupun mereka saling tak mengenali) hanya kerana apa yg dituliskan oleh blogger berkenaan bercanggah dgn pemahaman mereka ataupun meraka terasa seperti mereka di attack, hidup mereka dipertikaikan, so on, so forth…adoi….penting sangatkah semua itu?

Bila bercerita tentang pengalaman hidup, yg mencerminkan keperibadian bercanggah dgn fahaman tentulah akan dipertikaikan. Kalau sebetulnya mahu jadi anonymous, tak perlulah nk bercerita ke satu dunia, tuliskan saja cerita2 itu dalam diari peribadi hanya sbg peringatan buat sendiri. Sudah. Maka akan tiada masalah2 bodoh kan?

Bebelan aku ni tiada kena-mengena. Cumanya aku penat. Penat dgn drama kamu, kamu dan kamu itu. Tolong diam.

Tuesday, February 26, 2008

b-n-d-g

Bandung was so-so. It was not too exciting yet not too boring. Shopping in Bandung, yeah of course, was good, erk…was great maybe…

(This is random): Girlfriend asked me to set a goal of going to Amsterdam in 2 years time. I told her that am getting married in two years …. :) yeah right…

Hmmm…am supposed to post about Bandung right? What I love most was the weather and the friendly people in Bandung (yet, we got punked by them too though). Factory outlets and distros (term that they used for clothes’ shop) were all over Bandung, you’ll never get enough. Foods were not bad. Cewek & cowoknya biasa-biasa aja, kalo ada yg ganteng2, pastinya yg kaya2 atau dari Jakarta (hah).

We made used our 6 days 5 nights time in Bandung to the max. We went to most of the popular places in Bandung, not to forget Tangkuban Perahu (biarpun tambang ke sana agak mahal). I got chance to get stuff from MonikCeltic, Flashy Liquid, yadaa, yadaa… and boyfriend spent most of his money at UNKL’s (this post could be very lengthy if I keep writing about shopping, so enough about that). And oh, J.Co’s doughnuts were way easier to get (need not have to queue for hours compared to J.Co’s in pavillion).

I have plenty of pictures to post but aku tamak, I want to get pictures from Juad’s camera first then only I’ll post them in this blog. So, I went to Bandung. Sekian.

Tuesday, February 19, 2008