Friday, July 25, 2008

ada apa dgn blogging?

dalam ruang siber ini, kita suka bercerita tentang perasaan, gangguan emosi, permasalahan diri/hidup/kawan2/keluarga/, cerita hari2 pergi mana buat apa mak masak apa mak marah kenapa bf marah kenapa, kelemahan diri yg kemudiannya kita twist sedikit lantas menjadi cerita yg patut dibanggakan. bukankah kita semua ni sukakan perhatian?
hari2 mahu tulis dalam ini, sampaikan sedang berjalan, kepala sibuk memikir "apa nak tulis dalam blog hari ni? gambar yg mana nak upload?". lambat laun, semua akaun kepunyaan peribadi dalam ruang alam maya ini menjadi sebahagian dari percaturan hidup kita. lambat laun lagi, tidak dapat dibendung, sebenarnya telah menjadi hidup kita. kita lebih suka berkomunikasi & berinteraksi menerusi ruang siber. lebih mudah bagi sesetengah kita fikirkan. pendapat personal aku, lebih mudah nak twist & menjaja cerita yg selalu di-exaggerate lebih2. contohnya, bergaduh dengan kekasih, aku mesti secara spontan jadi bagus dalam menggubah ayat yg kononnya menceritakan perasaan aku ketika itu. the next day, bila dah berbaik dgn si bf, jadi bodoh semula. haha.
tadi, sebelum aku sedari kebodohon diri untuk menjerumuskan diri aku dgn permainan ayat2 dalam ruang blog ni, ada macam2 yg nak aku cerita, twist, sampaikan dalam bentuk paling melodramatic & tragic sekali. hah. aku takkan terpedaya kali ni. at least, for now, aku mampu berfikiran waras, seperti orang sedar diri, tak hanyut dgn dunia siber yg menyesatkan & membawa aku terus jauh dari kehidupan realiti aku yg sebenarnya tak lah seteruk mana pun.
aku masih dalam denial bahawasanya aku harus belajar adapt dengan lebih baik lagi dalam perkembangan arus teknologi hari ini. sebab itulah aku tersinggung bila ada org yg boleh dikategori sbg stranger menegur aku di public sebegini, "hello blogger". aku anggap itu satu penghinaan.
ok. aku mengarut.