middle age crisis? confuse in becoming a mature lady but inside still lagi mahu enjoy & berpeleseran seperti dulu2. sudah lah. rasanya dah tak perlu lagi. tapi, if i keep telling myself that, itu lah yg buat aku terasa macam dah tua sgt. 25 tahun bukan tua lagi. inilah umur yg paling sesuai untuk buat keputusan sendiri dlm penghidupan kan? ceh. aku masih lagi fikir umur 19-21 adalah tahun2 paling bermakna & menggembirakan dalam hidup. lucky lah mama bukan jenis yg asyik bertanya bila mau kahwin. tapi aku stress bila asyik menerima jemputan wedding or engagement teman2 yg sama nakalnya mcm aku. macam mana mereka boleh decide to end up single life sedangkan aku yg paling commit dgn relationship ni sehingga sekarang pun tiada ikatan yg official. sigh.
aku ni paranoid berlebih-lebih. berkeinginan untuk buat macam2 dalam hidup & separuh daripadanya, tak terbuat pun. yg penting, aku sudah selesaikan bachelor's degree. alhamdulillah. tak sabar nak tunggu convocation utk bermegah & merasa bangga dgn diri sendiri. tak, tipu. sebenarnya utk buat mama bangga dgn aku. tau, semua orang pun ada ijazah juga, tapi aku bakal dapat ijazah ini dgn gigihnya tanpa bantuan kewangan dari keluarga. so, ianya jadi sgt bermakna tau.
sebanyak mana pun yg kita lakukan dlm hidup ini, akan ada lebih byk lagi yg mahu kita lakukan, kan? ada byk lagi ni dlm akal fikiran aku, cumanya aku malas mahu buat list. sekarang aku terfikir kata seorang lelaki yg pernah buat aku membayangkan dirinya sebagai pemberi inspirasi, "mahu hidup di sebuah pondok di pulau yg tiada orang lain selain aku & orang yg aku sayang". ceh. tak realistik langsung. mungkin aku patut telefon & bgtau dia yg sekarang aku rasa ayat dia itu mcm beri harapan pada aku untuk google mana2 pulau yg masih tak berpenghuni untuk aku bina pondok. perlu agreement hire-purchase tak utk itu?