Thursday, March 6, 2008

ini bukan entry hypertensi, tak percaya sila rujuk HKL

Am stressed, but I believe that I perform the best under pressure. Yelah tu.

Boleh ke, team mate salah satu dari projek paper aku dapat mc sebab katanya diserang hypertension. Ceh. Agaknya, kalau aku pun kaya seperti dia, pergi berjumpa pakar sakit jiwa, entah apa pulak term yg psychiatrist tu akan bagi pada aku. Last time I remembered went to GH checking on my migraine, the doctor issued me a letter pergi berjumpa pakar sakit jiwa. Hish. Takut aku. Terus aku tak jenguk2 lagi hospital tu. Suka2 dia nk assigned aku punya minor migraine as kononnya consequences of depressed. But jangan risau, itu 2 tahun lepas. Sekarang ni, aku lebih matang and dah pandai handle stress.

Dalam keadaan stress2 macam ni, last night aku sempat lagi teman Marina (housemate) pergi ke Nichi Moving Out Sale. That’s considered my 2nd time of the week visited Nichi. Tujuan asal, hanyalah nak meneman Marina, takut dia tersesat jalan. Tapi, once I entered the store, kaki & mata aku automatic meliar pandang sekeliling and pick up mana saja yang aku berkenan. Ya, ya. I tend to spend money during stress attack. Syndrom galak bershopping aku makin menjadi-jadi dalam keadaan tertekan.

Aku dah minum 1 tin redbull & 1 botol livita untuk tahan mata & otak aku sepanjang malam ni. Tapi, project paper yg satu ni tak juga siap2. Ada 4 lagi menunggu. Seingat aku, masa buat diploma kat UiTM dulu tak pulak serius macam ni aku belajar. Hmph. Kan aku dah bilang, aku dah matang. Hehe.