Monday, March 3, 2008

Perhubungan tiada kaitan dengan membeli-belah

Genap 4 tahun berpacaran, plus 2 tahun berkawan, totalnya 6 tahun kami saling mengenali & menyelami hati budi masing2. Itu jangkamasa yg agak lama kan? :)

Kami bukanlah pasangan romantik. Candle light dinner cumalah satu aktiviti yg kami nak buat for the sake of the special date.

Tahun lepas, pada tarikh ni aku tidak berapa happy sebab diganggu oleh masalah2 bodoh, oleh orang2 bodoh. Alhamdulillah, tahun ni tiada gangguan seperti itu lagi and mood aku ok2 saja. :)

Ok. Baik aku tak teruskan bercerita tentang hubungan, takut nanti entry ni akan jadi euww-y! Haha.

Oh, aku ada permasalah baru. Habit suka bershopping patut dihentikan. Bilik kecilku sudah tak mampu lagi menampung barang terutamanya almari baju yg pasti akan pecah kalau aku still sumbat masuk baju-baju'an. Ceh. Padahal semalam aku beli lagi 3 helai baju, 3 pasang kasut & purse baru. Sigh. Disease galak bershopping ni sebenarnya tidak sihat. Itu pasti. Pembaziran kan amalan syaitan. Tapi bila mengemas utk give away baju2 and barang2 tak pakai semua tu, terasa sayang sebab setiap satu daripadanya ada sentimental value tersendiri. Baju2 yg dibeli tapi tak pernah pakai tu pulak consider out of story la kan. Hehe.

Azam tahun depan: JANGAN MEMBELI KALAU TAK PERLU!