last nite after bb, on the way balik ke seri kembangan, aku minta boyfriend berhenti di esso by the highway of mrr2 because aku nak pergi ke toilet. waktu itu lebih kurang hampir 2pagi. kami perasan ada 2 orang call-man yg melepak di situ, tengok2 kitorang semacam, tapi kami tak pula hendak syak yg bukan2.
kami teruskan perjalanan menerusi highway cheras-selatan (mrr2)? sehingga sampai di bulatan lumba kuda bersebelahan Palace of Golden Horses, suddenly out from nowhere, ada sebuah kereta Honda Accord (either silver or grey colour) baru & tinted (yg kami tak perasan plat no. nya) cuba menghimpit kami dari belakang.
pada mulanya, kami fikir itu adalah pemandu mabuk, tapi kereta itu cuba lagi menghimpit & hit our bumper again & again. melihat cermin pandang belakang, boyfriend noticed ada 4-5 orang lelaki dalam kereta itu, kami jadi panik & terus membunyikan hon sekuat-kuat hati bagi menarik perhatian pemandu lain yg ada seketul dua buah kereta saja di kawasan itu. waktu itu, we were very sure, itu adalah cubaan merompak. cara melanggar bontot kereta yg akan membuatkan pemandu kereta berhenti adalah sgt common dlm senarai teknik samun & rompak di KL kan? kami memecut menuju ke tol seri kembangan itu terus menerus membunyikan hon & telefon pihak polis. kereta yg melanggar kami itu pull over & tidak melepasi tol (maybe berpusing semula, which i don't know how they managed to do that). in 5-10 mins polis pun sampai.
we r safe, boyfriend's car is fine except for scratches on the bumper but the 2 mins adrenaline that we had while we struggled to get away from the attack, only God knows.
berbalik ke cerita 2 orang chinese' call men di station esso earlier, somehow, kami rasa they both ada kena mengena dgn pemandu yg mungkin dari mula dah ekori kami. itu cumalah syak wasangka. syak wasangka in a good way.
aku cuma kesal, kenapa ada orang2 yg memilih untuk jadi jahat dalam dunia ni. syukurlah kami tak apa2. amin.