Wednesday, January 30, 2008

siapa bilang gadis melayu tak menawan?

Manis gadis melayu mungkin takkan hilang dek kerana pakaian seksinya, ataupun slang Inggeris ala2 Londonnya, mahupun cubaannya menidakkan asal-usul sendiri dgn statement seperti…. “am half Indonesian, you know”,my dad Bugis, so I ada darah belanda!”,i’ve been in UK for quite some time, mind my bahasa”, so on, so forth.

Tatkala memegang gelas berlabel minuman keras, ataupun botol2 hijau... berkelakuan di luar kawalan bila akal waras dihanyutkan oleh penangan air larangan itu, saat itulah mereka tidak lagi nampak manis memegang title gadis melayu.

Tapi, dalam keadaan gelap, bingit & berhimpit2 seperti itu, apa bezanya aku dengan mereka? Aku pun ada di situ, jadi saksi kejadian, tak berbuat apa2. aku & mereka kan kelihatan sama saja.....

Bertemu kita di padang masyar kelak utk disoal & pastinya ia akan jadi satu tayangan yg maha panjang.....