kenapa aku ke sini lagi? ke ruangan blog alam maya, mendedahkan cerita2 hidup ke seluruh dunia, kemudian menerima kritikan dari org2 yg tak aku kenal, merasa rendah diri (tiada siapa yg sukakan kritikan, cuma cara kamu menanganinya), justera terasa rejected by the whole world.
mungkin, kerana masalah short-term-memory-loss aku yg semakin kritikal. aku takut sekiranya aku lupa perkara2 penting yg terjadi dalam sehari2 aku. bila aku applykan cerita2 itu di sini, mungkin dpt membantu aku mengingat diri sendiri? atau mungkin kerana suara2 lantang dan bingar di telingaku semakin kerap kedengaran, buat aku was2 dgn kewarasan sendiri. aku luahkan di sini, andainya suatu hari nanti aku hilang pertimbangan, blog ini akan jadi bukti, aku insan yg punya cerita juga....
my life is a mess, it was & still. aku hilang punca & direction. kdg2 aku kaget berdiri di penjuru, pikirkan apa yg tak necessary. most of times, aku act biasa dpn org2 sekeliling kerana aku selalu dikenali sbg perempuan konservatif yg tak punya demand, berperhubungan perfect dgn lelaki kuantanku. pemahaman diri drpd label yg diberikan oleh org sekitar aku itu khayalkan aku buat lama ketika hingga aku sedari semula, persepsi org2 itu tidak benar sikit pun kerana hanya aku yg tahu, pedih yg aku benamkan selama ini, memakan perlahan2 perasaan aku terhadap kehidupan. dunia, aku sudah tiada jiwa lagi.
aku cuma harap dapat lari jauh2, sekuat2nya hingga ke hujung bebola muka bumi ini, tak henti2, lantas terus terlupa siapa diri aku. akan aku tunggu disitu, hingga seseorang yg bagaikan malaikat memimpinku ke cahaya yg terasa tenang. ya. aku selemah itu.