Wednesday, August 27, 2008

Allah sayangkan aku yg lalai ni;

critical;
  1. 2nd september 2008-Corporate Communication & Community Affairs Department of ASTRO
  2. anytime - start an internship (again) at LB for I have 0 experience in advertising field & even an internship period at LB would open a huge door towards my future career.

Perlu buat sembahyang istikharah.

Monday, August 25, 2008

hari itu, aku pasti aku buat mama bangga;

RE: ACHIEVEMENT
ok. it's unfair to say that orang selalu pandang rendah pada aku, cuma mereka suka percaya pada benda yg sahih, terang & enak dilihat. Aku rasa down sehari sebelum convocation when I rehearsed my speech in front of not more than 200 audiences, I can see each of those people's face, tercengang & terkejut, kenapa aku yg perlu rehearse speech as best student representative? Mungkin hati mereka terluka bila dapat tahu, entah macam mana, I scored 3.944 & grad with flying colours. Hakikatnya, hati aku juga terluka (sikit) sebab kerana itu, aku rasa sikit beban di bahu aku bilamana people expecting me to be someone else and not myself. Then, I struggled with the speech draft, changed it over & over again, cuba mengikut nasihat para pensyarah yg to be honest, aku tak berapa kenal sepanjang masa aku di KLIUC. Sorry people, aku bukan student yg suka spend time dgn lecturer menerima nasihat ttg masa depan dalam pada masa yg sama cuba membodek utk extra marks.
Very last minute, very late at night, before the graduation day, I decided to change the whole thing. And aku tekad, speech yg difinal-edit (oleh aku sendiri, bukan para lecturer yg power English) itulah yg akan aku bacakan dihadapan bukan lagi 200 orang, tapi around not less than 1000 audiences on the actual day (my big day). Thanks to En. Amir.
Ok now, aku nak tukar fakta yg aku typed in dalam entry lepas, sebelum aku menuturkan speech aku on 23rd Aug; my speech was not boring. suprisingly, my speech buat jiwa kental aku sebak & juga audiences yg mendengar sebak sama. So people, don't judge me by my snobby face. Aku mampu buat orang terharu ok!
Note: (sms dari En. Amir-23rd Aug 2008, 6:19pm - masa ini aku tgh lepai after menjerit melolong di x-gig, zouk)
I was told by the master of ceremony that he saw a few people who shed tears listening to your speech. Anyway, heartiest congratulations towards your success. Do keep in touch and PLEASE GO TO LEO BURNETT.
So, ini adalah pesanan ringkas aku buat the Master of Ceremony; "Let set a date so we can discuss further on scholarship for Master's Degree!". And juga pesanan ringkas buat En. Amir, "I definitely will consider LB if diorang offer me more than what Astro offered". Hehe. Peace. :)

Friday, August 15, 2008

x-gig at zouk, 23rd August 2008

aku bukan garang, cuma am hard to please. aku kelihatan cold & snobby like that, but i believe am not. so, macam mana aku nak pergi kat sorang2 and explain yg aku tak garang, cuma aku malu & sikit ignorance. kelemahan la tu kan? so? takkan manusia tiada kelemahan? takkan manusia perfect? takkan kau perfect? kalau kau berbuat baik pada aku, mana mungkin aku balas jahat? kadang2, bila kau buat jahat pada aku pun, aku tetap buat baik. tak cukup lagi?
hujung minggu yg sudah, we had fun at zouk. mocca sounded perfect exactly macam mendengar cd mereka. yes. kami tak berkesempatan bergambar bersama mocca. kami rasa terlalu kerdil untuk chase them up & buat muka tebal ajak bergambar. hum.. aku dipaksa untuk berbuat peramah on stage walaupun i believe that i need not to pretend that sebab aku percaya orang yg datang utk mendengar music bukan pentingkan communication skill band on stage? yes?
padahnya, orang mula judge macam2. tapi, mulut, fikiran & perasaan manusia ni bukan hak manusia lain untuk mengawalnya. cukuplah when i said, i tried. tak cukup lagi?
sabtu ini, adalah hari convocation aku. aku dah siapkan draft speech yg bakal aku tuturkan nanti. seriously, speech aku sgt bosan. so, aku decide not to share them with u guys. ngeh. after convocation, i have to rush to zouk again. we'll be playing as 1 of open act band on that day. this time, aku nekad, naik, capai mike, menjerit dgn nada sumbang, cakap terima kasih & turun dgn hati yg puas. cukup?

Friday, July 25, 2008

ada apa dgn blogging?

dalam ruang siber ini, kita suka bercerita tentang perasaan, gangguan emosi, permasalahan diri/hidup/kawan2/keluarga/, cerita hari2 pergi mana buat apa mak masak apa mak marah kenapa bf marah kenapa, kelemahan diri yg kemudiannya kita twist sedikit lantas menjadi cerita yg patut dibanggakan. bukankah kita semua ni sukakan perhatian?
hari2 mahu tulis dalam ini, sampaikan sedang berjalan, kepala sibuk memikir "apa nak tulis dalam blog hari ni? gambar yg mana nak upload?". lambat laun, semua akaun kepunyaan peribadi dalam ruang alam maya ini menjadi sebahagian dari percaturan hidup kita. lambat laun lagi, tidak dapat dibendung, sebenarnya telah menjadi hidup kita. kita lebih suka berkomunikasi & berinteraksi menerusi ruang siber. lebih mudah bagi sesetengah kita fikirkan. pendapat personal aku, lebih mudah nak twist & menjaja cerita yg selalu di-exaggerate lebih2. contohnya, bergaduh dengan kekasih, aku mesti secara spontan jadi bagus dalam menggubah ayat yg kononnya menceritakan perasaan aku ketika itu. the next day, bila dah berbaik dgn si bf, jadi bodoh semula. haha.
tadi, sebelum aku sedari kebodohon diri untuk menjerumuskan diri aku dgn permainan ayat2 dalam ruang blog ni, ada macam2 yg nak aku cerita, twist, sampaikan dalam bentuk paling melodramatic & tragic sekali. hah. aku takkan terpedaya kali ni. at least, for now, aku mampu berfikiran waras, seperti orang sedar diri, tak hanyut dgn dunia siber yg menyesatkan & membawa aku terus jauh dari kehidupan realiti aku yg sebenarnya tak lah seteruk mana pun.
aku masih dalam denial bahawasanya aku harus belajar adapt dengan lebih baik lagi dalam perkembangan arus teknologi hari ini. sebab itulah aku tersinggung bila ada org yg boleh dikategori sbg stranger menegur aku di public sebegini, "hello blogger". aku anggap itu satu penghinaan.
ok. aku mengarut.

dark

taken by kimie (credit)

sms dari pensyarah muda;

diterima seawal 11:02 pagi (jadual tidur aku bermula jam 6.30pagi lately, so 11am seumpama pagi yg awal bagi aku)~25th July 2008:
"Helina, u need to prepare speech for convocation. U are the best student, congratulations! Come and see me on monday!".
tiada reaksi. aku hanya ingin sambung tidur. lepas bangun nanti aku fikirkan speech yg perlu aku karang itu ok. tapi, aku terbayangkan duit rm5000 yg bakal aku dapat di hari convocation. now, that is farken motivation! yeah!

hidup ini;

aktiviti di atas, buat rerama2 kecil dalam perut tebalku berterbangan. selamanya, rerama2 tu takkan hilang.