Monday, December 24, 2007

post-Qurban

Aku tak memasak sebab rumah ini adalah rumah ayah kau. Aku cuma menghidang sebab kamu orang datang tak ubah macam tetamu yg butuhkan layanan 7star hotel. Berbelas tahun aku menilai erti kekeluargaan dlm family kau tu adalah sama ertinya dgn hidangan makanan yg sarat dgn penyediaan yg memenatkan dan juga rasa tensi di dlm hati kita semua bila berada di bwh bumbung rumah No. 1, Lorong Laman 4 ini.

Mama aku bukan ibu kau. Dan ya, aku kalah sebab abah kau aku panggil papa (hanya utk menyenangkan hati mama aku). Abah kau tu antara lelaki terbaik di dunia yg aku pernah kenal kerana dia satu2nya lelaki yg sanggup mengeluarkan kacamata tebalnya utk melihat kertas keputusan CGPA aku. Kau jgn risau, aku takkan rampas dia dari kau. Tolong pinjamkan dia utk buat teman mama aku sementara di dunia ini. Takkan jatuh harta2nya ke tangan kami. Semua itu milik kau orang. Percayalah.

Err... aku tau, aku tau aku kalah lagi sebab aku curi sikit kasih sayang dan perhatiannya buat pemangkin semangat aku utk memuaskan naluri seorang anak perempuan yg terbit sedikit cuma dari hati karat aku ini. Kiranya, aku harus ucap terima kasih? Cis, ego aku tercalar lagi.