selepas bertahun2 menggelar diri masing2 sebagai kawan, byk kejadian masih mengaburkan erti musabab itu terjadi.
aku negatif
aku selalu risau
aku paranoid
aku deep
aku tidak pilih utk jadi plastik
tapi, kita masih kawan.
aku cuma sekarang sedang cari erti tentang semua. seorang berubah kerana ditinggalkan, seorang lagi berubah kerana berjumpa teman sehidup sematinya, seorang lagi secara tidak sedar takut kehilangan & sering mahu catch up dgn apa saja yg aku usahakan. or maybe, aku juga telah berubah yg mengakibatkan mereka berubah?
ok. sentap, aku harus buka mata. kenapa aku perlu rasa ini semua? sedangkan mereka cuma hiraukan tentang aktiviti hujung minggu utk buat hati gembira, tentang teman lelaki kacak yg takut dipandang orang, tentang aturcara perkahwinan mengejut yg mereka plan. aku? sibuk risaukan mereka gembira atau tidak? macam mana nak buat mereka gembira? macam mana nk buat mereka tidak merasa keseorangan? ceh. dalam tak sedar, hati aku tak senang.
jadi, aku berkeputusan, kalau kau tak perlu relationship yg deep, mari jadi superficial saja. enough kan? kalau kau hanya mahu kongsi kesusahanmu, tapi berlalu pergi bila kamu tuntutkan ruang, aku juga penat menadah telinga, kalau kau tidak mahu berkongsi kebahagiaan & kegembiraan aku sebaliknya mahu bersaing siapa yg akan lagi bahagia, aku tarik diri dari mutual competition yg kau lancarkan itu.
aku penat menjadi aku. aku penat membahagiakan kamu orang.
biarkan aku jadi seperti kamu semua.