Tetapi…selalu ada tetapinya buat aku. Aku punya idea dan pemahaman yg tersendiri tentang tanggungjawab, bagaimana aku menjadi seseorang yg lain bila aku berkeputusan utk menyiapkan diri sbg seorang isteri. Wow. Isteri.
Aku sama lelaki itu belum lagi untuk seumur hidup. Belum tentu lagi untuk selama-lamanya. Tapi itu doa aku saban hari bila sujudkan kepala menunduk meminta kepada Yang Maha Esa. Lima tahun bersama dan awalan dua tahun sebelumnya dlm proses mengenal hati budi, aku dan si lelaki telah semai ideologi sendiri tentang perkahwinan, tentang ikrar sehidup semati, tentang masa depan, tentang membina keluarga bersama.
Tentang kejujuran, tentang keikhlasan, tentang kasih sayang ini, bagi aku, tidak boleh diajar dan ditelunjuk ikut buat sehari dua. Itu nilai2 yg tertanam dalam diri oleh pengalaman hidup, latar belakang keluarga dan yg paling penting prinsip kendiri. Tiada manusia yg sempurna. Tidak aku, tidak juga engkau. Kita meniti kehidupan setiap hari mencuba utk jadi yg terbaik. Bagi aku, mencuba utk hidup dgn baik. Sebab, bagi aku sendiri, cuma aku, pengalaman peribadi aku, hidup selalunya tidak begitu baik selama ini. Nah. Itukan pengalaman aku. Manakan sama dgn pengalaman kamu orang semua yg mungkin lain jalannya. Jadi, bagaimana nak kau debatkan segala macam ini pada telinga aku yg sabar menadah? Adoi. Bingit.
Ya. Kami bertunang. Ya. Kami bersedia. Ini cara kami. Mungkin sama dgn cara kamu, mungkin juga lain sama sekali dari cara kamu. Niat suci kamu yg mengharapkan kami sentiasa berjaga-jaga tentang segala macam itu ini aku hargai. Ikhlas. Tapi, tolong henti asyik berikan aku input tentang norma2 tipikal kehidupan perempuan isteri budaya melayu. Untuk pengetahuan kamu semua, aku masih ingat bangsa dan agama asal akar umbi aku. Cumanya, aku tegas bahawa sesetengah norma itu harus ditukar persepsi dan aplikasinya utk kebaikan dunia hari ini. Itu saja.
Doakan kami sampai ke jinjang pelamin. Doakan kami kekal bahagia selamanya sebab itu yg kami kejar2 selama ini. Amin.
Sebelum aku jadi rusuk kirinya, telah aku tandatangan perjanjian itu awal2. Aku telah sedia sejak lama dulu. Ikhlas.