Tuesday, December 9, 2008

Aku perlu katakan ini;

Aku mahu beritahu seorang teman, yg hakikatnya kewujudan dia dekat di hati aku, walaupun dia rasa aku hanyalah teman wanita kepada sahabatnya. Walaupun, dia tidak tahu bahawa aku ambil berat dan memang sudah jadi sikap semulajadi aku untuk sentiasa tunjukkan yg aku ambil berat.

Aku dapat lihat dia hanyut jauh, bukan perlahan-lahan, sudah terlalu jauh. Itu buat aku takut. Aku dapat lihat, segala yg ditundingnya kepada orang lain sebelum ini, telah tertunding di batang hidungnya sendiri.

Aku bangga dengan ideologi pemikiran hampir geniusnya. Aku support keberaniannya utk hidup dgn cara yg semua manusia dlm muka bumi ini inginkan, tapi tidak berani lakukan. Dia umpama hero yg beri inspirasi, like a living proof bahawa liberal & freedom itu benar-benar wujud. Tapi kini, aku rasa sudah sampai masanya utk aku cuit kuat bahu kanannya, bisik sinis di telinganya, “Teman, kau sudah pergi jauh. Kau harus toleh ke belakang. Jgn kau salah ertikan pemikiran vs perlakuan kau. Jgn kau halalkan niat dgn cara”.

Aku sedih. Somehow aku dapat rasa. Perasaan ambil berat ini tidak akan sampai dekat jiwa hitam degilnya itu. Tidak akan sampai.

Teman, henti berparanoia. Tolong. Kembali bersama kami. Kami masih di sini. Menunggu kau. Kau bukan seorang.

Buat aku extremely happy;

Headliners:

The SIGIT (Indonesia)

White Shoes and The Couples Company (Indonesia)

Butterfingers

One Buck Short

Tempered Mental

I was about to cancel my kursus kahwin session right after I heard White Shoes is coming! Pergh! Then, aku buat sedikit research:

Itinerary
5.00pm: Voted Act
5.30pm: Voted Act
6.00pm: Voted Act
6.30pm: Voted Act
7.00pm: Maghrib Break
8.00pm: One Buck Short
8.30pm: Tempered Mental
9.00pm: Voted Act
9.30pm: Laila's Lounge
10.00pm: Bittersweet
10.30pm: White Shoes and The Couples Company
11.00pm: Butterfingers
11.30pm: The SIGIT (Indonesia)
12.00am: Close

Ok. Sekarang aku yakin aku mampu sudahkan kursus kahwin dgn tenang. Aku tidak peduli sikit pun dgn yg lain, aku cuma nak tengok WHITE SHOES andTHE COUPLES COMPANY! (Jeritttttttttttt!!!!!!!!!!!!!)

Sekian. Aku kena serangan panik, over-excited. Baik aku pergi toilet & cuci muka sekarang.