Monday, May 18, 2009

Latest;


akhirnya, we will be performing at one of my favorite place! yay!

Thursday, May 7, 2009

Entri 1, Fasa 1;

Kata orang, kaki aku dah selangkah ke alam perkahwinan. Kata orang, tanggungjawabnya berat.  Aku tidak akan pernah sama seperti aku yg dahulu.  Pemikiran waras aku, ya, 70% betul.  Hendakkan lagi kata2 itu datangnya dari golongan yg dah lebih dahulu telan asam garam kehidupan.  Yang telah lebih dahulu melalui pancaroba kehidupan perkahwinan.  Lagi 30% pemikiran waras aku, hidup aku adalah jalan aku sendiri.  Hidup kau tentulah jalan hidup kau sendiri.  Aku telan dan resap kata2 nasihat yg aku yakin bakal berguna buat pedoman kala aku goyah tidak tahan berdiri besok besok. 

Tetapi…selalu ada tetapinya buat aku.  Aku punya idea dan pemahaman yg tersendiri tentang tanggungjawab, bagaimana aku menjadi seseorang yg lain bila aku berkeputusan utk menyiapkan diri sbg seorang isteri.  Wow.  Isteri. 

Aku sama lelaki itu belum lagi untuk seumur hidup.  Belum tentu lagi untuk selama-lamanya.  Tapi itu doa aku saban hari bila sujudkan kepala menunduk meminta kepada Yang Maha Esa.  Lima tahun bersama dan awalan dua tahun sebelumnya dlm proses mengenal hati budi, aku dan si lelaki telah semai ideologi sendiri tentang perkahwinan, tentang ikrar sehidup semati, tentang masa depan, tentang membina keluarga bersama. 

Tentang kejujuran, tentang keikhlasan, tentang kasih sayang ini, bagi aku, tidak boleh diajar dan ditelunjuk ikut buat sehari dua.  Itu nilai2 yg tertanam dalam diri oleh pengalaman hidup, latar belakang keluarga dan yg paling penting prinsip kendiri.  Tiada manusia yg sempurna.  Tidak aku, tidak juga engkau.  Kita meniti kehidupan setiap hari mencuba utk jadi yg terbaik.  Bagi aku, mencuba utk hidup dgn baik.  Sebab, bagi aku sendiri, cuma aku, pengalaman peribadi aku, hidup selalunya tidak begitu baik selama ini.  Nah.  Itukan pengalaman aku.  Manakan sama dgn pengalaman kamu orang semua yg mungkin lain jalannya.  Jadi, bagaimana nak kau debatkan segala macam ini pada telinga aku yg sabar menadah?  Adoi.  Bingit.

Ya.  Kami bertunang.  Ya.  Kami bersedia.  Ini cara kami.  Mungkin sama dgn cara kamu, mungkin juga lain sama sekali dari cara kamu.  Niat suci kamu yg mengharapkan kami sentiasa berjaga-jaga tentang segala macam itu ini aku hargai.  Ikhlas.  Tapi, tolong henti asyik berikan aku input tentang norma2 tipikal kehidupan perempuan isteri budaya melayu.  Untuk pengetahuan kamu semua, aku masih ingat bangsa dan agama asal akar umbi aku.  Cumanya, aku tegas bahawa sesetengah norma itu harus ditukar persepsi dan aplikasinya utk kebaikan dunia hari ini.  Itu saja.

Doakan kami sampai ke jinjang pelamin.  Doakan kami kekal bahagia selamanya sebab itu yg kami kejar2 selama ini.  Amin.

Sebelum aku jadi rusuk kirinya, telah aku tandatangan perjanjian itu awal2.  Aku telah sedia sejak lama dulu.  Ikhlas. 

Thursday, April 16, 2009

perihal cerewet;

aku rasa, kalau semua professional make-up artist, freelance make-up artist & mak andam pak andam sekitar klang valley ni buat gathering, tentu2 KESEMUA mereka akan bercerita tentang aku.  sebab:  13 hari lagi sebelum 1st may, aku still belum decide which mak andam to conteng my face.  bak kata mama aku, "nak yg murah, cantik, perfect....make up la sendiri, kalau buruk pun kau maki la diri kau sendiri".  cis.  sarcastic.  

Saturday, April 11, 2009

obviously, aku mampu;

Trial make-up for engagement, done by vanz lee;
cubaan aku mengawal ciri2 kewanitaan menjadi!

but then, obviously la kan, aku masih belum bersedia menjadi dewasa;
(p/s:  Ly, bolehkah aku pose seperti di bawah masa kau mengetip kamera on the 1st may?)

sampai nanti bila aku rajin utk berkongsi tentang yg lain, ok!
cheers!

Friday, March 20, 2009

tinggal sebentar;

saya perlu selesaikan urusan;

sampai berjumpa lagi.  saya sedang belajar menjadi dewasa...

Monday, February 16, 2009

Out of all the negative feedbacks;

Kadang-kadang, kita perlu dimotivate sebegini utk percaya hidup ini ada maknanya. Terima kasih yeah.