Tuesday, February 12, 2008

Susah untuk bincangkan hal kebebasan

Perkara: tiada seorang pun umat manusia di muka bumi ini suka dipersoalkan kesalahannya, dapat menerima kritikan & teguran secara bulat2 walaupun kita beria-ia menegaskan kita mampu berfikiran terbuka.

Permasalahannya: kita sering mengagung-agungkan kebebasan. Kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk melakukan dosa, kebebasan untuk tidak dipersoalkan tentang agama, kebebasan untuk terus-menerus tersesat….

Persoalannya: bukankah kebebasan itu milik semua orang? Itu termasuk juga kebebasan bagi yg mahu mempersoalkan, mahu menegur, mahu membetulkan, mahu mengingatkan, mungkin bukan saja kepada yg telah pun tersesat, tapi kepada diri sendiri. Kerana dalam dunia yg serba fana ini, segalanya adalah keliru, mungkin pada kau, aku yg sesat….

Kesimpulannya: apalah salahnya untuk kita saling memberi ingatan? Itu tanggungjawab bersama. Tanggungjawab duniawi kan? Kalau tiada seorang pun yg diberikan kebebasan untuk memegang watak mencuit itu, semuanya akan terus hanyut, tiada lagi pegangan selain kononnya kebebasan. Paling takut mungkin nanti Allah tarik semula syurga yg dijanjikan hanya kerana kita tetapkan peraturan bahawa saling memberi ingatan itu adalah perkara yg menyekat kebebasan. Penting lagikah kebebasan ketika itu?

Monday, February 11, 2008

Amarah Gam Gajah

Assignment bertimbun-timbun terbentang untuk disiapkan. Otak celaru aku, macam tiada lain, asyik fikirkan hal yg tak necessary. Serabut dgn perkara yg tak perlu diserabutkan, kalut dgn isu2 kekalutan karut marut. Aku marah dgn diri sendiri, kenapa asyik fikirkan tentang yg itu. Perkara yg dah berlalu, biarkan berlalu? Ah, pepatah2 ni kadang2 hanya sedap didengarkan ke telinga orang, tapi bila dah tertuju ke batang hidung sendiri, pepatah2 ni semua jadi mcm sampah, tak berguna and tak effective langsung.

“Dalam diri kau terlalu byk amarah”, tu kata seorang kawan. “Kau overcarried the problem”, kata seorang lagi kawan. Aku tau, aku sedar, tapi aku tak berdaya nak keluar dari kepompong jelebu hitam yg melekat kuat dgn gam gajah dlm hati aku ni. Aku beli bermacam-macam jenis buku self-help, kononnya untuk bantu aku atasi permasalahan diri. Tapi, tiada satu pun buku-buku tu semua, yg benar-benar MEMBANTU. Tahulah aku, ini bukan tentang orang lain, hanya tentang aku saja. Sigh.

Cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk berlepas ke Bandung. Perasaan tak sabar bercampur-baur dgn rasa gementar.

Cuma tinggal tak kurang sebulan saja lagi aku akan mulakan internship. Perasaan malas bercampur-baur dgn rasa takut dah setebal 5 kaki!

Friday, February 1, 2008

Rawatan terapi

Dulu; kecil, comel & muat dimasukkan dalam balang kaca bila buat nakal....Sekarang; dah besar, handsome & tough. Makin nakal, dah tiba masa utk dijodohkan....haihh...kenapa la si romeo (faisal's rabbit) tu jantan juga....

Wednesday, January 30, 2008

siapa bilang gadis melayu tak menawan?

Manis gadis melayu mungkin takkan hilang dek kerana pakaian seksinya, ataupun slang Inggeris ala2 Londonnya, mahupun cubaannya menidakkan asal-usul sendiri dgn statement seperti…. “am half Indonesian, you know”,my dad Bugis, so I ada darah belanda!”,i’ve been in UK for quite some time, mind my bahasa”, so on, so forth.

Tatkala memegang gelas berlabel minuman keras, ataupun botol2 hijau... berkelakuan di luar kawalan bila akal waras dihanyutkan oleh penangan air larangan itu, saat itulah mereka tidak lagi nampak manis memegang title gadis melayu.

Tapi, dalam keadaan gelap, bingit & berhimpit2 seperti itu, apa bezanya aku dengan mereka? Aku pun ada di situ, jadi saksi kejadian, tak berbuat apa2. aku & mereka kan kelihatan sama saja.....

Bertemu kita di padang masyar kelak utk disoal & pastinya ia akan jadi satu tayangan yg maha panjang.....

Monday, January 28, 2008

the SHOWPINK's junkyard sale resulted..

...two pairs of super cute shoes with such great bargain... 2 pairs = RM50! though am quite broke at the moment, but woi, who wouldn't want to get those?!! (look!) ?!! since i've fulfilled the "can't help myself to buy & buy" desire, i hold myself from digging around the "please pick me, am cute" clothes that haunted & recurred in my thoughts untill now. it's ok, i'll save the clothes' hunting for Bandung later. i don't do heels, but I need them for formal wear. hey hey, am entering the working world soon!!!


Friday, January 25, 2008

with smiling face...

2nd time around....

and, don't forget....

yeahhhhh!!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 24, 2008

if only

if only the wall could talk not just listen to my cries...if only you could understand, not just pretend like you do....if only we never met, then this would never happened...if only you love me like i love you, but there'll be no measurement for that...if only am not being myself, then people will stop talking...if only life is easy, then God wouldn't promised us heaven...
words, are meant to be conveyed.... suffers, are meant to be hold? me then, meant to be myself, not others...so, why don't you just shut up....
shhhhh.....